Seorang wanita warga emas yang tinggal sendirian, maut disyaki selepas lehernya dijerut dan mulutnya disumbat dengan tuala oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Baharu di sini pada hari Ahad.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, Wan Meriam Wan Mahmood, 85, ditemui terbaring di atas katil di dalam rumahnya oleh cucunya Mohd Faizal Abdul Samad, 30, yang sebelum itu menerima panggilan telefon dipercayai daripada mangsa.
Mohd Faizal yang tinggal berdekatan rumah neneknya, berkata dia menerima panggilan sebanyak dua kali dipercayai daripada neneknya dan segera pergi ke rumahnya selepas berasa curiga dengan keadaan itu kerana neneknya tidak pernah menelefonnya.
"Kali pertama telefon berbunyi saya tidak sempat mengangkatnya bagaimanapun tiada siapa yang bersuara ketika saya mengangkat telefon pada panggilan kali kedua," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Beliau berkata ketika sampai di tempat kejadian, dia terkejut melihat keadaan rumah yang berselerak sebelum mendapati neneknya yang berada di atas katil sudah tidak bernafas.
"Ketika saya sampai di rumah nenek, pintu dapur terbuka dan barang kemas berupa rantai, gelang dan juga wang tunai milik nenek sudah tiada," katanya.
Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati mangsa maut akibat jerutan di leher.
"Kita turut menemui lima kesan cap jari yang diambil di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) Kota Baharu untuk dibedah siasat," katanya.
Zaharudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Bernama
Sun Mar 02 2014
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Jenazah pelajar wanita dipercayai mati dibunuh selamat dikebumikan
Jenazah pelajar wanita Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Nur Alya Damia Hairi yang dipercayai mati akibat dibunuh malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Suspek bunuh warga emas guna tuala ditangkap
Suspek berjaya ditahan di sekitar lokasi kejadian sebaik polis melakukan siasatan terhadap jiran mangsa.
Nasib warga emas disamun sebelum dibunuh
Seorang wanita warga emas yang tinggal sendirian, maut disyaki selepas lehernya dijerut dan mulutnya disumbat dengan tuala oleh perompak yang memecah masuk rumahnya.