Jenazah pelajar wanita Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Nur Alya Damia Hairi yang dipercayai mati akibat dibunuh malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini pada 6.50 petang ini.
Terdahulu, jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Idaman di sini dari Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira 4.50 petang diiringi anggota keluarga terdekat.
Jiran tetangga, sanak saudara dan rakan-rakan Allahyarham dilihat hadir menziarahi jenazah buat kali terakhir di rumahnya sebelum dibawa ke Masjid Al-Falah, Kampung Idaman, Klang untuk disolatkan.
Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan tersebut kira-kira 5.30 petang untuk dikebumikan.
BACA: Nuralya Damia tak pernah adu terima ugutan - Rakan
BACA: Pelajar kolej ditemui mati, dipercayai dibunuh
Penuntut tahun akhir Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian KVPD itu ditemukan mati pada kira-kira 10.30 malam tadi dengan kesan jerut pada leher dipercayai dibunuh di dalam sebuah kereta sebelum dicampak di tepi jalan di Taman PD Permata, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Susulan kejadian itu, seorang pelajar lelaki daripada kolej berkenaan yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa ditahan polis di rumah sewanya di Taman PD Idaman, Port Dickson malam tadi.
Dia direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Hari ini, media melaporkan bapa Allahyarham Nur Alya Damia, Hairi Jamil, 45, berkata remaja tersebut sepatutnya pulang ke Klang petang ini selepas tamat kuliah namun tidak menyangka beliau menjemput anaknya dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 25 2018
Penuntut tahun akhir Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian KVPD itu ditemukan mati pada kira-kira 10.30 malam tadi dengan kesan jerut pada leher dipercayai dibunuh. - Foto Facebook.com/Nur Fitri Damia
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Usaha memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000
Pembangunan fasiliti di Sabah, Sarawak terus jadi fokus kerajaan
Ini apabila sejumlah RM 253 juta diperuntukkan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri. Selain itu, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit.
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Belanjawan 2025: Gred Turus tidak ambil kenaikan gaji tujuh peratus
Barisan Pengurusan Tertinggi penjawat awam Gred Utama iaitu Turus bersetuju untuk tidak menerima lagi kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus dalam SSPA yang bermula 1 Disember depan.
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
Lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh
Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam semak berdekatan pondok bas di tepi jalan KM 10 Jalan Seremban-Port Dickson semalam.
Pekerja ladang warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang pekerja ladang warga Myanmar maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakannya di sebuah ladang tembikai di Kuala Ketil.
Polis kesan waris mayat wanita tanpa identiti di Teluk Intan
Polis sedang mengesan waris mayat seorang wanita tanpa identiti yang ditemui terdampar di tebing Sungai Kinta berhampiran Jeti Matang Pelanduk, di Teluk Intan, bulan lepas, dipercayai dibunuh.
Pemandu e-hailing diumpan keluar dari hotel ke ladang kelapa sawit sebelum dibunuh - Pendakwaan
Bedah siasat turut mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah kecederaan parah pada leher disebabkan oleh objek tajam.
Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina - Bukit Aman
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas.
Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala
Polis berkata, bedah siasat terhadap mayat tanpa pakaian lengkap itu mendapati kematian disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul.
Lelaki berpakaian seragam tentera bunuh 60 penduduk kampung
Mangsa yang cedera telah dipindahkan ke kemudahan kesihatan tempatan.
Mayat remaja perempuan ditemui dalam semak, dipercayai dibunuh
Mayat seorang remaja perempuan ditemukan dalam satu kawasan semak selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di perkampungan setinggan Kampung Forest, Sandakan.