GURUN: Nasib lima sekeluarga yang tular di media sosial baru-baru ini selepas kedua-dua ibu bapa yang menjadi tulang belakang keluarga diuji dengan masalah kesihatan, mendapat perhatian daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Kamil Munim berkata, ketua keluarga terbabit, Arman Othman, 49, menghidap penyakit angin ahmar manakala isterinya, Mazliana Jamaluddin, 39, pula diuji dengan ketumbuhan di kepala dan kini terlantar.
"Dalam sesi lawatan kerja saya ke Kedah hari ini, selain dua buah keluarga lain, saya turut menziarahi keluarga puan Mazliana dan menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri melalui ICU (Pejabat Pembangunan Persekutuan) peringkat negeri.
"Saya turut dimaklumkan beliau menerima bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)… bagaimanapun kita akan melihat bentuk bantuan lain yang boleh disalurkan bagi membantu keluarga ini," katanya kepada pemberita di rumah keluarga berkenaan di Taman Ria Mesra II dekat sini, petang Isnin.
Hadir sama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufik Johari.
Menurutnya, walaupun pasangan ini diuji dengan masalah kesihatan selain anak sulung mereka juga merupakan orang kurang upaya (OKU) sejak kecil, namun pemimpin dan masyarakat setempat sentiasa memberikan perhatian terhadap keluarga ini.
"Hari ini kita salur bantuan dalam bentuk tunai dan kita akan lihat bantuan lain yang boleh disalurkan segera. Salah satu yang saya lihat amat diperlukan ketika ini ialah katil yang lebih sesuai untuk pesakit terlantar.
"Ini antara ikhtiar kerajaan bagi membantu rakyat dan pendekatan ini kita laksanakan di seluruh Malaysia… tiada peruntukkan khusus untuk negeri-negeri tetapi kalau ada keperluan, kita akan turun dan beri bantuan sewajarnya," katanya.
Sementara itu, Dr Mohammed Taufik berkata, pejabat Parlimen Sungai Petani akan bekerjasama dengan agensi berkaitan khususnya ICU bagi memantau keluarga terbabit dari semasa ke semasa.
"Anak-anak pasangan ini kesemuanya masih bersekolah dan sudah pasti kos persekolahan juga perlu dibantu.
“Begitu juga dengan keperluan harian, lampin pakai buang, susu untuk pesakit terlantar dan sebagainya, saya akan buat pemantauan secara bulanan terhadap keperluan keluarga ini," katanya.
Dalam pada itu, kedua-dua pasangan terbabit menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan dan bantuan daripada Perdana Menteri dan semua pihak yang terlibat.
Arman berkata, dia agak terkejut apabila dimaklumkan wakil Perdana Menteri mahu menziarahi mereka sekeluarga dan menyampaikan sumbangan.
"Saya rasa terharu, gembira dan berterima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan," katanya.
Mazliana kini tinggal di rumah adik bongsunya, Norlela Jamaluddin, 30, yang terletak tidak jauh daripada rumahnya, bagi memudahkan anggota keluarga mereka menjaganya.
Norlela berkata, abang iparnya masih tinggal di rumah mereka sendiri bersama anak sulung mereka, Aiman Irfan, 20, manakala Mazliana serta dua lagi anaknya, Aiman Ikhwan dan Aina Najwa, 10, tinggal bersamanya.
"Aiman Ikhwan yang banyak membantu menguruskan ibunya khususnya selepas pembedahan kedua pada 21 Disember tahun lalu.
"Saya bekerja kilang dan akan turut sama membantu menjaga kakak bersama adik-beradik yang lain secara bergilir-gilir," katanya.
Tular di media sosial sebelum ini mengenai kisah Aiman Ikhwan yang menguruskan ibunya yang sakit terlantar selepas pembedahan membuang ketumbuhan di kepala.
Setiap hari Aiman akan membantu mengelap badan dan menukar lampin pakai buang ibunya selain memastikan ibunya minum susu formula khas tujuh kali sehari.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jan 23 2024
Kamil (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Arman (dua dari kiri) ketika menziarahinya pada Isnin. Hadir sama Dr Mohammed Taufik (kanan).
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
Nasib suami isteri sakit dapat perhatian Perdana Menteri
Sumbangan wang tunai daripada PM diharap dapat bantu ringankan beban Arman Othman sekeluarga.