Selepas hampir dua tahun, nasib empat tertuduh dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang menggemparkan masyarakat serta mendapat liputan meluas media, akan diketahui esok selepas pembelaan menutup kesnya pada Selasa lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir dijangka membacakan keputusan kes itu, yang pastinya dinanti dengan penuh debaran oleh semua pihak terutama anggota keluarga mangsa, pada 9 pagi esok.
Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu wanita itu, Kamaruddin Shamsuddin, 44, sebelum ini dilaporkan hilang selepas ke Banting atas urusan tanah.
Kehilangan mereka membawa kepada penahanan bekas peguam N.Pathmanabhan, 43, dan tiga pekerja ladangnya, T.Thilaiyalagan, 21, R.Matan, 22, dan R.Kathavarayan, 33, yang kemudian dihadap ke mahkamah atas pertuduhan membunuh empat individu berkenaan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Ishak Mohd Yusoff dan Saiful Edris Zainuddin manakala Pathmanabhan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan oleh Gurbachan Singh, Matan oleh Amer Hamzah Arshad sementara Hasshahari Johari Mawi mewakili Kathavarayan.
Mahkamah berdepan pelbagai kejutan sepanjang perbicaraan, antaranya dua saksi pendakwaan U.Suresh dan K.Sarawanan 'berpaling tadah' dan keterangan tertuduh keempat yang mendakwa melihat Sosilawati di sebuah restoran pada 7 Sept 2010, iaitu lapan hari selepas kejadian bunuh dikatakan berlaku.
Ucapan pembukaan pendakwaan sebelum ini memaklumkan kedua-dua saksi akan memberi keterangan bagi membuktikan Pathmanabhan dan Kathavarayan membuat perancangan bersama yang lain untuk membunuh empat individu berkenaan serta peranan yang dimainkan setiap tertuduh dan bagaimana Thilaiyalagan membunuh setiap mangsa.
Suresh dan Sarawanan kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka bagi kesalahan melupuskan bahan bukti dalam kes bunuh itu.
Pihak media juga ditegur pihak pembelaan dan hakim berkaitan penggunaan perkataan 'mangsa' dan 'tempat kejadian'.
Pendakwaan mengemukakan 108 saksi manakala pembelaan memanggil 30 orang memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011 dan membabitkan 742 eksibit serta kira-kira 6,000 muka surat nota prosiding.
Bernama
Wed May 22 2013
Cacar monyet: China lakukan saringan ke atas pelawat
China memulakan saringan terhadap individu yang memasuki negara itu bagi mengesan virus mpox atau dikenali sebagai cacar monyet untuk enam bulan akan datang.
Kaedah lantikan tetap, bercarum dalam kajian - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap dan bercarum dan kajian terperinci sedang dilaksanakan bagi menentukan strategi-strategi terbaik kepada Kerajaan dan pegawai awam lantikan baharu.
Kegagalan kawal penerbangan punca tragedi pesawat terhempas di Elmina
Nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Bandar di Elmina tahun lalu disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.
[TERKINI] Kegagalan kawal penerbangan punca tragedi pesawat terhempas di Elmina
Laporan akhir tragedi pesawat terhempas di Elmina mendedahkan punca sebenar kejadian kerana kegagalan mengawal pesawat berkenaan.
Ketua jabatan gagal lapor salah laku pegawai bawahan berdepan tindakan tatatertib - PM
Perdana Menteri hari ini memberi memberi peringatan serius bahawa ketua jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk tidak dinaikkan pangkat.
Tiga ditahan berkait laporan palsu penemuan bayi
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berhubung laporan palsu penemuan bayi perempuan yang baharu lahir dalam kejadian di Pekan Titi Serong, Parit Buntar.
Pergerakan ringgit dalam hala tuju tepat, cerminkan asas ekonomi - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit kini dalam hala tuju yang tepat mencerminkan asas ekonomi dan prospek kukuh negara, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Perkhidmatan SBST ditambah baik dengan bas baharu, pembayaran tanpa tunai - Loke
Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) akan ditambah baik dengan penggantian bas baharu dan sistem pembayaran tanpa tunai.
Peningkatan kelayakan penjawat awam tingkat produktiviti - PM
Kerajaan bersetuju meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.
Pasangan warga emas mangsa kebakaran di Pagoh selamat dikebumikan
Jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh selamat dikebumikan.
PDRM sahkan mangsa bunuh di Australia rakyat Malaysia
Mangsa dipercayai berasal dari Sarawak dan telah berada di Australia sejak 2016.
Robert Durst, jutawan 'pembunuh' dimasukkan ke hospital akibat COVID-19
Dia dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadapnya kerana membunuh.
25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.
Wanita maut jatuh dari lot parkir sempat rakam pergaduhan dengan suami
Pasangan yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan itu dipercayai bertengkar beberapa jam selepas menghadiri perlawanan besbol, antara Cardinals dan Cubs, di Stadium Busch di St. Louis, Missouri.
Prosiding Jong Nam: Dua tertuduh naik kerusi roda
Perbicaraan hari kesembilan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam di klia2 berlangsung lebih tiga jam.
Kes bunuh Tapah: Reman kesemua suspek disambung tujuh hari lagi
Mahkamah Majistret melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap empat keluarga dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan.
Dua anak suspek kes bunuh Tapah diletak di bawah perlindungan JKM
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan dua anak perempuan suspek utama kes pembunuhan kejam di Tapah diletak di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Lelaki pencari katak jumpa mayat dikerat dua dalam guni
Mayat lelaki dipercayai dikerat dua dan satu bahagian disumbat di dalam sebuah guni, ditemui di kawasan hutan berhampiran kebun getah di Sungai Tamu, di sini hari ini.
Hasrat wanita mati di bulan Ramadan jadi kenyataan
Badariah Hussin, 44, yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.
Mahkamah menolak rayuan tertuduh kes pembunuhan di Banting
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini sebulat suara menolak rayuan empat tertuduh dalam kes pembunuhan di Banting untuk memanggil tiga timbalan pendakwa raya menjadi saksi pembelaan