Mahkamah Persekutuan di sini hari ini sebulat suara menolak rayuan empat tertuduh dalam kes pembunuhan di Banting untuk memanggil tiga timbalan pendakwa raya menjadi saksi pembelaan dalam perbicaraan ke atas mereka.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mengetuai panel lima orang hakim berkata keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan untuk mengeluarkan sepina terhadap ketiga-tiga timbalan pendakwa raya itu, tidak boleh dirayu kerana ia dibuat semasa dalam perbicaraan.
Keempat-empat tertuduh -- bekas peguam N.Pathmanabhan, dan tiga orang pekerja ladang, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan -- merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang mengenepikan sepina untuk tiga timbalan pendakwa raya, Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani supaya tampil sebagai saksi pembelaan.
Hakim Zulkefli berkata keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan bantahan awal pihak pendakwaan yang menyatakan bahawa perkara berkenaan tidak boleh dirayu kerana ia dibuat di tengah-tengah perbicaraan dan tidak melupuskan hak tertuduh, adalah betul.
Empat orang hakim persekutuan lain yang bersidang bersama Hakim Zulkefli terdiri daripada Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datin Paduka Zaleha Zahari.
Perbicaraan kes itu disambung semula di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas terhenti sejak Julai tahun ini.
Keempat-empat tertuduh memohon supaya ketiga-tiga timbalan pendakwa raya itu dipanggil menjadi saksi untuk menggugurkan dua bahan bukti yang dikemukakan oleh ketiga-tiga mereka di akhir pendakwaan kes, sebagai usaha menimbulkan kesangsian terhadap dua pekerja ladang, U.Suresh dan K.Sarawanan.
Kedua-dua pekerja ladang berkenaan dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan semasa perbicaraan tetapi dikatakan telah menukar pendirian.
Bahan bukti itu ialah nota prosiding di Mahkamah Majistret Telok Datok di mana Suresh dan Sarawanan mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan melupuskan bukti berkaitan pembunuhan dan kedua-dua mereka dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun.
Ketiga-tiga timbalan pendakwa raya itu juga terlibat dalam prosiding di Mahkamah Majistret Telok Datok.
Suresh, 28, dan Sarawanan, 21, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka, selepas Mahkamah Rayuan pada 24 Ogos tidak membenarkan mereka merayu di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menambah tempoh hukuman penjara ke atas mereka.
Mahkamah Tinggi mengenepikan sepina pada 23 Julai tahun ini. Pada 13 Sept tahun ini Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan yang dikemukakan oleh keempat-empat tertuduh terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengenepikan sepina berkenaan selepas Mahkamah Rayuan menyetujui bantahan awal oleh pihak pendakwaan.
Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan, dan Kathavarayan, diperintahkan membela diri atas pertuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di Ladang Gadong, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting, Selangor, antara 8.30 hingga 9.45 malam 30 Ogos 2010. Mereka menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.
Bernama
Tue Oct 23 2012
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Lelaki cuba rakam video wanita di Banting ditahan
Polis berkata lelaki itu ditahan di sekitar Banting dan direman dua hari hingga esok.

Tiga sekeluarga berdepan detik cemas terperangkap dalam kebakaran di Banting
Mangsa yang terperangkap di bahagian belakang rumah berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.

Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.

Kanak-kanak 7 tahun lemas di taman tema
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun lemas semasa mandi di sebuah taman tema dekat Banting pada Sabtu.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lima diberkas kes gaduh di padang bola
Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi di sekitar Banting.

Mabuk punca gaduh 3 lelaki di Banting
Pergaduhan itu menyebabkan seorang lelaki rebah dan cedera di kepala akibat dipukul menggunakan topi keledar.

Budak lelaki 7 tahun maut tertusuk kaca di dada
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting semalam.

Jengkaut tertimbus tanah runtuh, pemandu selamat
Kejadian tanah runtuh itu yang sempat dirakam itu kemudian menjadi tular di media sosial.