GEORGE TOWN: Kedudukan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang yang tidak lagi menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan ditentukan selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan mengenai saman pemula yang dibuat keempat-empat mereka terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan Speaker DUN untuk menghentikan kerusi disandang tidak dikosongkan .
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diadakan hari ini, telah mengarahkan Peguamcara negeri menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi memohon tarikh bagi menentukan permohonan saman pemula empat ADUN iaitu Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) untuk menghentikan kerusi disandang tidak dikosongkan.
Kon Yeow berkata, kerajaan negeri tetap bertegas dalam mempertahankan mandat diberikan pengundi dan menegaskan wakil rakyat yang dipilih mestilah bertanggungjawab dengan tindakan yang bertentangan dengan mandat yang diberikan kepada mereka.
“Sebarang keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi hendaklah menjadi sebahagian daripada proses mengisytiharkan kerusi yang terjejas itu kosong, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan berpandukan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan dan hendaklah kekal seperti sedia ada.
“Oleh yang demikian, tidak akan ada sebarang persidangan untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Pada Rabu, Mahkamah Persekutuan Malaysia memutuskan bahawa peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel itu berkata, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Keempat-empat wakil rakyat itu Zulkifli Ibrahim, Dr Afif Bahardin, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Zolkifly Md Lazim telah memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan.
Kon Yeow pada 3 Ogos lepas, menyambut baik keputusan di buat Mahkamah Persekutuan berhubung Perkara 14 A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang sah dan berpelembagaan dan memaklumkan kerajaan negeri akan membincangkan nasib empat wakil rakyat negeri itu yang tidak lagi menyokong PH dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Jumaat.
Bagaimanapun, semalam, empat ADUN yang keluar daripada PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam kenyataan bersama memaklumkan, mereka menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan namun tidak bersetuju dengannya dan meminta peguam mereka untuk mengkaji semula keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap mereka.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Aug 05 2022
Kedudukan Dr Afif Bahardin, Zulkifli Ibrahim, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Zolkifly Md Lazim yang tidak lagi menyokong Pakatan Harapanakan ditentukan selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan mengenai saman pemula yang dibuat mereka.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Nasib 4 ADUN: Kerajaan negeri tunggu keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang - Ketua Menteri
Kerajaan negeri bertegas dalam mempertahankan mandat diberikan pengundi dan wakil rakyat yang dipilih mestilah bertanggungjawab.