Isu perebutan giliran restoran nasi kandar popular Pulau Pinang, Nasi Kandar Line Clear di George Town terus panas apabila Bahagian Perlesenan dan Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas meja dan kerusi tanpa sebarang notis awal pagi Isnin.
Dalam kejadian pada 4 pagi itu, sepasukan 40 pegawai dan anggota MPPP menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mengambil meja membancuh teh, meja makan dan kerusi.
Selain itu, MPPP juga didakwa cuba mengambil pelbagai barangan lain tetapi berjaya dihalang oleh pengusaha restoran terbabit.
Salah seorang waris restoran terbabit, Lokman Madinah mendakwa tindakan MPPP itu cukup mengejutkan kerana tiada sebarang notis pemberitahuan diberikan kepada pemilik restoran berkenaan.
Beliau mendakwa tindakan itu adalah zalim kerana apa yang terjadi adalah masalah keluarga dan MPPP seharusnya bertindak sebagai orang tengah dan bukannya bertindak sedemikian.
"Kenapa mereka datang pukul 4 pagi? Kata hendak bagi notis, tetapi mana notis terakhir mereka? Sebenarnya kita sudah hantar surat untuk hendak pergi ke mahkamah. Jadi, tolong hormati pihak mahkamah.
Beliau turut mempertikaikan kesesuaian tindakan MPPP tersebut kerana isu perebutan hak milik restoran itu di kalang waris dan akan didengar di mahkamah minggu depan," kata Lokman.
"Kita hormati pihak mahkamah. Sebab itu kita tidak bertindak semasa operasi pagi tadi. Kita hanya duduk di kedai dan tunggu," ujarnya.
"Kami ingin kerjasama daripada Yang Dipertua MPPP Datuk Pathiyah Ismail, hendak mintak jasa baik mereka. Jangan menzalimi 11 ahli keluarga ini. Biar kami selesaikan perkara ini di mahkamah," tambah Lokman.
Operasi sita itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di restoran tersebut.
Susulan kejadian itu, pihak restoran telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pagi tadi.
Setakat ini, MPPP belum mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung operasi tersebut.
Pada bulan Jun lalu, media melaporkan pihak berkuasa tempatan telah mengambil inisiatif mencari jalan keluar kepada kemelut perebutan hak restoran itu bagi memastikan ia terus beroperasi.
Nasi Kandar Line Clear adalah salah satu jenama nasi kandar yang sinonim dengan Pulau Pinang dan telah beroperasi di sebuah lorong di Jalan Penang sejak tahun 1950-an.
Bagaimanapun operasi hak milik restoran 24 jam itu tercetus di antara tiga sepupu yang masing-masing mendakwa mempunyai hak mutlak ke atas premis berkenaan.
Mereka adalah keluarga Abdul Latiff Thulkarunai, Sahubarali Mohd Hanibah and Pathumah Iskandar.
Berikutan perselisihan tersebut, keluarga Abdul Hamid Seeni Pakir yang beroperasi di premis berkenaan enggan melepaskan tapak berkenaan kepada pemilik lesen restoran Line Clear.
Berdasarkan perjanjian asal keluarga berkenaan, mereka bersetuju untuk menjalankan operasi restoran berkenaan secara sistem giliran setiap tahun.
Berikutan itu, keluarga Abdul Hamid dibenarkan menjalankan operasi Nasi Kandar Line Clear dari tahun 2008 hingga tahun 2010.
Perbalahan keluarga ini tercetus apabila Abdul Hamid enggan menyerahkan hak operasi kepada keluarga Sahaburali pada tahun 2011.
Pada Jun tahun lalu, Jabatan Perlesenan MPPP telah memanggil satu mesyuarat melibatkan keluarga terbabit namun mereka gagal mencapai kata putus.
MPPP, dalam satu surat bertarikh 23 Disember lalu telah menasihatkan kesemua pihak terbabit untuk mencari jalan penyelesaian berdasarkan perjanjian asal keluarga itu.
Astro Awani
Mon Jan 19 2015
![Nasi Kandar Line Clear diserbu Nasi Kandar Line Clear diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41421665961_295x200.jpg)
Gambar dari rakaman CCTV menunjukkan pegawai MPPP merampas barang-barang di restoran popular tersebut. - Astro AWANI
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
![Penggemar nasi kandar luah rasa kecewa jika Line Clear ditutup Penggemar nasi kandar luah rasa kecewa jika Line Clear ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/61401700976_295x200.jpg)
Penggemar nasi kandar luah rasa kecewa jika Line Clear ditutup
Berita Line Clear diserbu pihak berkuasa mendapat reaksi orang ramai di media sosial.
![Nasi Kandar Line Clear diserbu Nasi Kandar Line Clear diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41421665961_295x200.jpg)
Nasi Kandar Line Clear diserbu
Sepasukan 40 pegawai dan anggota MPPP telah serbu masuk ke premis restoran popular itu dan merampas meja dan kerusi pada pukul 4 pagi Isnin.
![K'jaan P.Pinang tidak akan pecat Iszuree sehingga perbincangan dibuat K'jaan P.Pinang tidak akan pecat Iszuree sehingga perbincangan dibuat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81411799156_295x200.jpg)
K'jaan P.Pinang tidak akan pecat Iszuree sehingga perbincangan dibuat
Dr Afif Bahardin berkata Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil ketetapan untuk mengekalkan Iszuree sebagai Anggota Majlis MPPP.
![Kerajaan negeri P.Pinang tidak demokratik, sombong - Iszuree Kerajaan negeri P.Pinang tidak demokratik, sombong - Iszuree](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81411799156_295x200.jpg)
Kerajaan negeri P.Pinang tidak demokratik, sombong - Iszuree
Iszuree menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai tidak demokratik dan jelas menunjukkan kesombongan sebuah kerajaan negeri dan pemimpin yang dahulunya memperjuangkan kebebasan bersuara.
![Bakteria E-coli ditemui dalam Sungai Batu Ferringhi Bakteria E-coli ditemui dalam Sungai Batu Ferringhi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71391567368_295x200.jpg)
Bakteria E-coli ditemui dalam Sungai Batu Ferringhi
Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk tindakan lanjut.
![Anggota penguatkuasa MPPP ditahan samun kedai 24 jam Anggota penguatkuasa MPPP ditahan samun kedai 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365010284_120x90.jpg)
Anggota penguatkuasa MPPP ditahan samun kedai 24 jam
Seorang lelaki yang dipercayai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditahan selepas dia menyamun.