ALOR SETAR:Stadium mini kontroversi Ffira Mikah di Kuala Nerang telah dibatalkan serta-merta penggunaan namanya kerana tindakan berkenaan dibuat tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Ffira Mikah yang menjadi nama pilihan untuk stadium mini terbabit hanya dibincang pada peringkat kerajaan tempatan sahaja tanpa dibawa ke mesyuarat Exco yang dipengerusikannya untuk diluluskan.
Beliau menegaskan, sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa setiap nama jalan, lokasi, taman atau stadium perlu terlebih dahulu dibincang di peringkat kerajaan tempatan dan seterusnya diangkat ke mesyuarat Exco yang berlangsung setiap minggu untuk diluluskan.
Dalam isu berkaitan, Sanusi berkata, pentadbirannya tidak menerima sebarang maklum balas mengenai perbincangan di peringkat kerajaan tempatan mengenai penukaran nama stadium tersebut.
"Berkaitan dengan stadium itu (Ffira Mikah) telah dibatalkan nama yang bahasa Greek campur Arab kerana proses menamakan stadium itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan, tidak dibawa ke mesyuarat Exco, tidak dapat kelulusan,” kata Sanusi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
BACA: Pegawai Daerah nafi stadium sempena namanya, dakwa 'Ffira Mikah' dari bahasa Greek, Arab
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim untuk mengambil tindakan yang sewajar bersesuaian dengan urusan pentadbiran terhadap Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md. Nor.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai nama Stadium Ffira Mikah yang didakwa diabadikan sempena nama Hakim Ariff yang dieja terbalik.
Bagaimanapun, Hakim Ariff dalam reaksinya menafikan tindakan berkenaan dengan mendakwa nama stadium berkenaan tiada sebarang kaitan dengannya dan hanya secara kebetulan dengan namanya sekiranya diterbalikkan.
Ffira Mikah, tegas Hakim, merupakan gabungan perkataan dari bahasa Sepanyol dan Arab.
Ffira, katanya, bermaksud sesuatu yang hebat dalam bahasa Sepanyol atau Greek manakala Mikah dalam
bahasa Arab merupakan nama malaikat.
Salim Aziz
Wed Dec 16 2020

Stadium kontroversi Ffira Mikah telah dibatalkan serta-merta penggunaan namanya dan kerajaan negeri Kedah akan ambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab yang memilih nama berkenaan, tegas Menteri Besar. - Gambar fail

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

Nama Stadium Ffira Mikah dibatal, Hakim Ariff akan dikenakan tindakan
Penggunaan nama Ffira Mikah dibuat tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri.

Pegawai Daerah nafi stadium sempena namanya, dakwa 'Ffira Mikah' dari bahasa Greek, Arab
Jelas beliau, nama baharu stadium itu mempunyai maksud tersirat dalam bahasa Arab dan Greek, yang secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan.