Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan rumah gelandangan di Medan Tuanku dan Jalan Pekeliling di sini akan siap tidak lama lagi.

Kerajaan dengan kerjasama pihak swasta akan membangunkan projek yang bakal memberi manfaat kepada penduduk di ibu kota yang kurang bernasib baik.

Menurut Najib, projek bernilai RM17 juta itu akan menambah baik keselesaan golongan gelandangan di Kuala Lumpur.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan pembinaan 11 tempat letak kereta bertingkat yang akan dilaksanakan di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) dengan nilai RM290 juta.

Pengumuman itu dibuat Najib ketika berucap pada majlis program Nur Ramadan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama 2,000 golongan asnaf di Masjid Salahuddin al-Ayyubi di Taman Melati pada Khamis.