Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan semasa berjalan balik daripada membeli makanan di Jalan Pekeliling Kuala Lipis Rabu.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata Chew Weng Sing, 50, sedang berjalan kaki melintas jalan berseorangan membawa bungkusan makanan apabila dilanggar kenderaan pukul 10 malam.

"Kenderaan berkenaan dipandu seorang lelaki sedang melalui satu kawasan gelap semasa kejadian berlaku. Chew cedera parah di kepala manakala pemandu kenderaan tidak cedera," katanya.