Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meninjau kerja-kerja pembinaan projek Aliran Transit Massa (MRT) Stesen Tun Razak Exchange (TRX) bagi melihat sendiri kemajuan hub pengangkutan awam moden negara yang dijangka siap pada Julai 2017.
Perdana Menteri tiba di kawasan pembinaan yang terletak di Jalan Tun Razak kira-kira 4.40 petang dan disambut Pengerusi MRT Corporation Sdn Bhd yang juga Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Turut kelihatan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
Sebaik selesai memakai topi, jaket dan kasut keselamatan, Najib kemudian diberi penerangan mengenai kerja-kerja pembinaan oleh Pengarah Projek Laluan MRT Corp Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) Marcus Karakashian yang mana projek stesen TRX ini telah hampir 60 peratus siap.
Perdana Menteri dibawa ke sekitar kerja-kerja pembinaan termasuk dari dek tinjauan, platform stesen dan laluan terowong serta dilihat beberapa kali mengangguk serta tersenyum sewaktu penerangan diberikan sebelum beredar kira-kira pukul 5.30 petang.
Ini merupakan kunjungan ketiga Najib ke tapak projek MRT yang mana sebelum ini beliau pernah melawat Stesen Cochrane sebanyak dua kali tahun lepas.
TRX merupakan stesen terbesar di antara tujuh stesen bawah tanah yang akan menjadi penyambung kepada laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang merupakan laluan kedua MRT.
Laluan pertama MRT, Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 kilometer terdiri daripada 31 stesen dan menyediakan perkhidmatan kepada 1.2 juta orang sepanjang laluan itu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, pengarah projek terowong Satpal S.Bhogal berkata kerja-kerja bawah tanah keseluruhannya berada pada kadar 75 peratus dengan kerja-kerja terowong setakat Januari adalah 95 peratus.
Katanya kerja-kerja berkenaan bagi keseluruhan laluan SBK dijangka selesai menjelang minggu pertama bulan depan.
Menurut Satpal, kerja-kerja stesen juga berjalan lancar di kesemua tujuh stesen bawah tanah MRT dengan di stesen Maluri siap 63 peratus diikuti 62 peratus di stesen Muzium Negara, stesen Pasar Seni (61 peratus), stesen Merdeka (56 peratus), stesen TRX (58 peratus) dan Bukit Bintang (48 peratus).
"Dengan pencapaian setakat ini dan pelaburan besar dalam tenaga manusia dan jentera untuk kerja-kerja terowong, kami yakin bahawa kami akan mengikut jadual bagi pembukaan fasa kedua laluan SBK pada Julai 2017.
"..dan kini kami mampu menghimpunkan satu pasukan pakar tempatan bagi kerja-kerja terowong. Pergantungan terhadap pakar-pakar asing dan pekerja mahir akan dapat dikurangkan dengan ketara.
"Akan tiba dalam masa terdekat bahawa ia akan mampu memenuhi usaha menjalankan kerja pembinaan terowong, sejajar dengan wawasan kita untuk mencapai taraf negara berpendapatan tinggi," kata Satpal.
Bernama
Tue Mar 03 2015

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau sekitar tapak pembinaan hub pengangkutan awam laluan bawah tanah Mass Rapid Transit (MRT) di Stesen Cochrane - Foto BERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.