Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan di kediaman rasminya Kompleks Seri Perdana di sini.
Ketibaan Sheikh Abdullah di Seri Perdana pada 11 pagi disambut mesra oleh Najib, sebelum tetamu beliau itu menandatangani buku pelawat.
Perdana Menteri dan Sheikh Abdullah kemudian mengadakan perbincangan tertutup selama 30 minit.
Sheikh Abdullah, yang diiringi beberapa pegawai kanan UAE, sedang melakukan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam.
Menurut kenyataan Wisma Putra pada Khamis, kunjungan Sheikh Abdullah memberi peluang baik kepada Malaysia dan UAE untuk memupuk persahabatan antara kedua-dua negara serta membincangkan isu kepentingan bersama dan bidang kerjasama.
Ini akan mengeratkan lagi hubungan baik sedia ada antara kedua-dua negara, kata kenyataan itu.
UAE adalah antara rakan perdagangan penting Malaysia di Timur Tengah, dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM27.7 bilion pada 2013.
Bernama
Sat Nov 01 2014
Kunjungan Sheikh Abdullah memberi peluang baik kepada Malaysia dan UAE untuk memupuk persahabatan antara kedua-dua negara serta membincangkan isu kepentingan bersama dan bidang kerjasama. - Foto Bernama
Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil di Greece
Sekolah-sekolah di Pulau Santorini Greece, destinasi pelancongan popular di Laut Aegean, ditutup pada Isnin ketika pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan beberapa siri gempa bumi pada hujung minggu.
Program Anak Kita berjaya pastikan murid tercicir kembali ke sekolah
Timbalan Menteri Pendidikan berkata Program Anak Kita anjuran KPM dengan kerjasama Unit Pantau MADANI, Kementerian Kewangan, Yayasan Hasanah dan Pertubuhan Masyarakat Sivil dan Awam berjaya memastikan murid tercicir kembali ke sekolah
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI
Memastikan harga stabil untuk barangan makanan asas seperti kelapa pada musim perayaan memerlukan sokongan berterusan melalui subsidi dan langkah-langkah logistik.
Presiden Uzbekistan lakukan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 4 dan 5 Feb, menandakan lawatan pertamanya ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Disember 2016
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Malaysia menyertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan ke Gaza yang diterajui Jordan, menegaskan komitmennya untuk menyokong usaha bantuan untuk rakyat Palestin.
[TERKINI] Pembantu tukang jahit mengaku salah hina agong, didenda RM4,000
Seorang pembantu tukang jahir didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam platform media sosial Facebook Disember lalu.
AWANI Ringkas: Isu perang dagang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Selamat 2025: Kemalangan turun 10 peratus, kefahaman masyarakat meningkat - KPN
Op Selamat yang berakhir pada 2 Februari lepas menyaksikan penurunan kes kemalangan sebanyak 902 kes atau 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pembantu tukang jahit didenda RM4,000 hina Agong
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail turut memerintahkan tertuduh, Norli Mohamed Yusof, 53, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Jangan sertai perhimpunan di Putrajaya Sabtu ini, tindakan tegas menanti - Polis
Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan, kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik tanah iaitu Perbadanan Putrajaya.
Majlis ilmu MADANI lahirkan masyarakat cintai ilmu
Majlis berkenaan yang berlangsung pada 1 Mac lepas menampilkan tokoh serta ilmuan Islam terkenal seluruh dunia.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin pertahan tindakan ubah suai Seri Perdana
Marzuki berkata, pembaikan berkenaan dilakukan adalah disebabkan masalah kebocoran di beberapa bahagian utama bangunan.
PM tiba untuk sesi mesyuarat permukiman jemaah menteri
Difahamkan sesi akan membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian.
Ini 8 penjelasan Muhyiddin kos RM38.5 juta untuk baik pulih Seri Perdana
Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi penjelasan berhubung kerja-kerja baik pulih Kompleks Seri Perdana.
Berusia 22 tahun, kos baik pulih Kompleks Seri Perdana RM38.5 juta - JPM
Datuk Abd Latiff Ahmad yang mengesahkan perkara tersebut berkata kompleks yang mencecah usia 22 tahun itu telah mengalami banyak kerosakan.
Najib terima kunjungan hormat Menteri Luar UAE
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Emiriyah Arab Bersatu Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan di Kompleks Seri Perdana.