PUTRAJAYA: Tradisi penganjuran majlis ilmu MADANI di kediaman rasmi Perdana Menteri iaitu Kompleks Seri Perdana di sini, ialah jambatan untuk melahirkan masyarakat mencintai ilmu dan memahami konsep adab serta akhlak.
Majlis ilmu MADANI di Seri Perdana diilhamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada 24 Nov 2022, dan majlis seumpama itu kini turut diadakan di seluruh negara.
Menariknya, majlis berkenaan yang berlangsung pada 1 Mac lepas menampilkan tokoh serta ilmuan Islam terkenal seluruh dunia antaranya Presiden Institut Maqasid Global Prof Dr Jasser Auda, pemuzik tersohor British Yusuf Islam (sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens) dan Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani, ulama asal Gambia. Majlis ilmu itu boleh diikuti melalui laman sosial Facebook rasmi Perdana Menteri.
Berkongsi pengalaman berada pada majlis ilmu MADANI, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata penganjuran majlis itu adalah tepat kerana penekanan ilmu dan adab wajib dipelajari dan diamalkan bagi menerapkan nilai dalam pelbagai bidang termasuk kemampanan ekonomi dan kecerdasan buatan.
"Anjakan paradigma dari sudut pemikiran, nilai dan tadbir urus hanya akan dapat dicapai sekiranya masyarakat mencintai ilmu dan memahami konsep adab serta akhlak.
"Dengan adanya masyarakat yang memahami konsep ilmu dan adab, semua pihak dapat bersama-sama berganding bahu dalam membina sebuah negara yang baik," katanya kepada Bernama.
Penganjuran majlis itu juga, katanya selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri kepada masyarakat.
"Hal ini kerana ia melibatkan nilai asas pembentukan negara MADANI iaitu akidah yang kukuh, akhlak baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah bersama impian membina tamadun yang gemilang," katanya.
Selain itu, beliau berkata penganjuran majlis ilmu MADANI di Masjid Putra di sini seperti yang dilaksanakan pada Mei tahun lepas perlu diteruskan kerana ia dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.
"Penampilan tetamu kenamaan dalam memberi ceramah menarik minat ramai pihak untuk menyertai program itu," katanya.
Pada 26 Mei 2023, lebih 18,000 umat Islam menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Masjid Putra yang menampilkan kupasan dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Juma'ah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Majlis ilmu Madani di Seri Perdana diilhamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada 24 November 2022, dan majlis seumpama itu kini turut diadakan di seluruh negara. - Foto BERNAMA
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar yang berstatus Perdana Menteri merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Arab Mesir.
Majlis ilmu MADANI beri lebih kefahaman kepada konsep negara MADANI - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau
Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.
Lebih 18,000 hadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Putrajaya
Program itu memberi peluang kepada umat Islam yang hadir mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor berkenaan.
Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin - PM
Perdana Menteri berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.