Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPAD sedang mengkaji untuk menaikkan kadar tambang teksi dalam masa terdekat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian itu dilakukan dalam usaha meningkatkan taraf hidup pemandu teksi dan mutu perkhidmatan teksi.
Jelasnya kajian dibuat setelah mengambil kira kos yang ditanggung pemandu teksi berikutan peningkatan kos sara hidup.
"Saya difahamkan SPAD sedang menyemak kadar tambang teksi setelah mengambil kira peningkatan operasi harian" katanya selepas memberikan lesen individu kepada 500 pemandu teksi dan merasmikan Ibu Pejabat baru SPAD di Platinum Sentral di ibu Negara.
Tambahnya kerajaan sentiasa prihatin dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.
Sementara itu Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kenaikan tambang itu turut mengambil kira pandangan orang ramai.
"Kami ingin mewujudkan keseimbangan antara memberi servis yang baik dan membayar bagi perkhidmatan yang baik . Tiada jalan pintas dalam perkara ini dan kita pun kena prihatin terhadap kebajikan pemandu teksi juga,” katanya.
Jelas Syed Hamid semakan kini berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan hujung tahun ini.
Kali terakhir semakan dibuat adalah pada tahun 2009.
Kadar tambang teksi semasa adalah RM 3 dengan caj tambahan sebanyak RM 0.10 dikenakan pada setiap 100 meter berikutnya.
Hakim Rahman
Thu Jul 18 2013
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Kadar pengangguran Mei menurun, pasaran buruh dijangka berdepan cabaran akibat PKP
Kadar pengangguran pada Mei 2021 menurun sedikit berbanding 4.6 peratus yang dicatatkan pada April.
COVID-19: Pematuhan SOP di Sabah meningkat - Masidi
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kadar pematuhan SOP di negeri ini kini 93.05 peratus.
DBKL perkenal kaedah pembayaran baharu caj tempat letak kereta bahu jalan
Orang ramai boleh menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantikan penggunaan mesin yang berakhir semalam.
Ringgit naik berbanding dolar AS dalam sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini berikutan pemulihan semalaman harga minyak.
Perancangan keluarga adalah hak asasi manusia
Bertemakan Perancangan Keluarga adalah Hak Asasi Manusia, Hari Penduduk Sedunia disambut di seluruh dunia hari ini.
Kadar tarif elektrik dikekalkan untuk tiga tahun
Kadar tarik elektrik semasa di Semananjung dikekalkan untuk tempoh tiga tahun manakala di Sabah dan Labuan sehingga Jun 2018.
Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP
Kadar caruman pekerja yang sebelum ini diturunkan kepada lapan peratus akan kembali ke kadar asal iaitu 11 peratus bagi pekerja yang belum mencecah usia 60 tahun berkuat kuasa Januari 2018.
Keluhan Gen-Z: Hutang pengajian tinggi, peluang pekerjaan tak banyak
Berikut ialah reaksi netizen selepas Astro AWANI membuat tinjauan mengenai tahap kebimbangan terhadap kadar pengangguran di laman media sosial.
Isu kadar parkir naik: Perbaiki servis pengangkutan awam di KL dahulu!'
Netizen tidak menyokong pelaksanaan DBKL atas sebab ia akan menambahkan lagi beban kehidupan mereka di kota ini.
Moga tekanan darah tak naik sama, reaksi pengguna kesan kenaikan tol
Rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan mengumumkan kenaikan harga tol mulai Khamis ini.