KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan ubat yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah jenis sama dan dalam senarai ubatan kementerian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekas Perdana Menteri itu juga berada dalam keadaan sihat sebelum dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan pada 9 September lalu.
"KKM ingin memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimasukkan ke HKL pada hari Jumaat sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik dan optimum.
"Pemeriksaan dan ujian berkaitan telah dijalankan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Terdahulu, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan, tekanan darah Najib dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.
Jelas Muhamad Mukhlis, ujian kolonoskopi yang dijalani oleh Ahli Parlimen Pekan itu pada Sabtu lalu mendapati doktor menemui beberapa ulser baharu di dalam perutnya.
Susulan keadaan tersebut, Najib yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang memohon untuk pemerhatian di HKL.
Permohonan itu, bagaimanapun, didakwa ditolak oleh pegawai perubatan yang merawatnya.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata pihak HKL telah mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang dihadiri oleh Najib dan ahli keluarganya.
Beliau menambah, keputusan ujian-ujian telah dimaklumkan semasa sidang tersebut mengikut amalan profesional kedoktoran.
"Mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk didiscaj dari HKL," ujarnya lagi.
Dr Noor Hisham menegaskan, KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun, dalam masa sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).
Begitupun, kata beliau, sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan.
Hasimi Muhamad
Mon Sep 12 2022
![Najib sihat ketika discaj, ubat sama diberikan - Dr Noor Hisham Najib sihat ketika discaj, ubat sama diberikan - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662116224_TBNAJIBFLAG.jpg)
Kementerian Kesihatan mengesahkan ubat yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah jenis sama dan dalam senarai ubatan kementerian. - Gambar fail
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.
![Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739488186_AliffRakib.jpg)
Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong
Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 bakal menampilkan juara kategori catchweight pada aksi One Championship Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sebagai tetamu jemputan di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini eso
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739487963_AsmatKamaludin.jpg)
Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.
![“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak “Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664970656_DSNajibRazak.jpg)
“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.
![Najib tidak pernah minta dibebaskan - Ismail Sabri Najib tidak pernah minta dibebaskan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724887815_IsmailSabrikiri.jpg)
Najib tidak pernah minta dibebaskan - Ismail Sabri
Najib hanya mahu perbicaraan adil diberikan kepadanya, dedah Ismail Sabri.
![Setahun Najib di penjara: 'Saya akan terus berjuang dapatkan keadilan' - Nooryana Najwa Setahun Najib di penjara: 'Saya akan terus berjuang dapatkan keadilan' - Nooryana Najwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692767555_yananajib.jpg)
Setahun Najib di penjara: 'Saya akan terus berjuang dapatkan keadilan' - Nooryana Najwa
Sebelum ini media melaporkan Nooryana menegaskan, perjuangan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil terhadap Najib akan diteruskan.
![Keputusan semakan Najib dalam kes SRC diketahui selewat-lewatnya pada 31 Mac Keputusan semakan Najib dalam kes SRC diketahui selewat-lewatnya pada 31 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674810468_TBnajib.jpg)
Keputusan semakan Najib dalam kes SRC diketahui selewat-lewatnya pada 31 Mac
Najib memohon untuk membatalkan keputusan panel lima hakim yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya.
![Permohonan Najib bagi semakan sabit kes SRC kini ditetapkan sehari pada 19 Jan Permohonan Najib bagi semakan sabit kes SRC kini ditetapkan sehari pada 19 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668085631_Najib.jpg)
Permohonan Najib bagi semakan sabit kes SRC kini ditetapkan sehari pada 19 Jan
Sebelum ini mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan bekas Perdana Menteri itu.
![Kes SRC: Najib fail petisyen kepada PBB, mohon bebas atau dibicara semula Kes SRC: Najib fail petisyen kepada PBB, mohon bebas atau dibicara semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672910926_ShafeeNajib.jpg)
Kes SRC: Najib fail petisyen kepada PBB, mohon bebas atau dibicara semula
UNWGAD akan meneliti rayuan sama ada perbicaraan melibatkan Najib dijalankan secara adil atau sebaliknya.
![Najib boleh jadi calon PRU15? We don't treat joke - Hamzah Najib boleh jadi calon PRU15? We don't treat joke - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662357906_TBNAJIBFLAG.jpg)
Najib boleh jadi calon PRU15? "We don't treat joke" - Hamzah
Najib, yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.
![Tiada masalah untuk Najib guna ubat sendiri di penjara - Khairy Tiada masalah untuk Najib guna ubat sendiri di penjara - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663152161_MoUKhairyJamaludd.jpg)
Tiada masalah untuk Najib guna ubat sendiri di penjara - Khairy
Najib dibenarkan bawa bekalan ubat yang diperoleh daripada hospital swasta jika enggan makan ubat yang dibekalkan KKM.
![Najib mungkin dirujuk ke IJN kerana tekanan darah tidak menentu - Peguam Najib mungkin dirujuk ke IJN kerana tekanan darah tidak menentu - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622714534_najibrazak.jpg)
Najib mungkin dirujuk ke IJN kerana tekanan darah tidak menentu - Peguam
Bekas Perdana Menteri itu akan menjalani beberapa ujian kesihatan dan keputusan akan diketahui beberapa hari lagi.
![Najib sihat ketika discaj, ubat sama diberikan - Dr Noor Hisham Najib sihat ketika discaj, ubat sama diberikan - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662116224_TBNAJIBFLAG.jpg)
Najib sihat ketika discaj, ubat sama diberikan - Dr Noor Hisham
Pemeriksaan dan ujian berkaitan juga telah dijalankan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah ke atas Najib.