Sektor penjagaan kesihatan negara kini berubah dengan pesat, selari wawasan kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara industri menjelang 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata sektor itu memerlukan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, dalam persekitaran yang terus mencabar daripada segi keperluan pengguna, kemunculan risiko baharu, perubahan dalam teknologi perubatan dan aplikasi teknologi maklumat.
"Kejuruteraan hospital merupakan asas penting yang menjadi prasyarat untuk menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan berkualiti, yang dapat mempromosi dan meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti.
"Oleh itu tema 'Memperkasakan Pengurusan Kemudahan dalam Kejuruteraan Penjagaan Kesihatan' lebih relevan dan mencerminkan strategi transfomasi kerajaan dalam meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan secara berterusan," kata Perdana Menteri semasa merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Kejuruteraan Hospital 2013, di ibu negara, Khamis.
Najib berkata antara lain, strategi memperkasa pengurusan kemudahan kejuruteraan penjagaann kesihatan dijangka menambah rangkaian nilai ekonomi sektor penjagaan kesihatan, selain meningkatkan kapasiti pengetahuan, inovasi dan menanam mentaliti kelas petama dalam kejuruteraan penjagaan kesihatan.
Beliau berkata negara telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program dalam meningkatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan serta perkhidmatan kejuruteraan hospital.
"Pembangunan hospital awam di Malaysia telah beralih daripada reka bentuk tradisional dan dibina berdasarkan konsep pasang siap, kepada pendekatan usaha sama awam-swasta.
"Ini dapat menyediakan komitmen jangka panjang swasta dalam membangun dan menyelenggara kemudahan penjagaan kesihatan secara usaha sama dengan kerajaan," kata Najib.
Persidangan dua hari yang bermula Rabu itu dianjurkan oleh Persatuan Kejuruteraan Bioperubatan Malaysia dengan usaha sama rakan utama, Advance Pact Sdn Bhd dan Medivest Sdn Bhd, selain Faber Mediserve Sdn Bhd dan Radicare (M) Sdn Bhd, serta disokong oleh Kementerian Kesihatan.
Persidangan itu berlangsung sempena Mesyuarat Majlis dan Majlis Eksekutif Persekutuan Antarabangsa Kejuruteraan Hospital, yang disertai lebih 30 negara anggota majlis.
Bernama
Thu Sep 12 2013
![Najib: Sektor penjagaan kesihatan berubah selari Wawasan 2020 Najib: Sektor penjagaan kesihatan berubah selari Wawasan 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81376365696_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kematian akibat strok berdarah semakin meningkat Kematian akibat strok berdarah semakin meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81555739061_sakitkepala.jpg)
Kematian akibat strok berdarah semakin meningkat
Strok berdarah merekodkan punca utama kematian tertinggi melepasi kematian akibat kecederaan otak sejak 2019 serta terus menunjukkan peningkatan jumlah kes.
![Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719401136_MosquitoAEDES.jpg)
Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
![Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703402828_maskgeneric.jpg)
Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai
Individu yang disahkan positif COVID-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelak tempat sesak.
![Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720173329_TBJudi.jpg)
Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar
Warga emas bersara cenderung terjebak dalam ketagihan judi atau menjadi sasaran ejen judi.
![Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720171384_southernGazaStrip.jpg)
Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza
Amaran telah dikeluartkan tentang bencana alam sekitar baharu di kem-kem perlindungan berkenaan kudis dan penyebarannya.
![Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000 Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718702873_TBstreptococcus.jpg)
Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000
STSS, juga dikenali sebagai jangkitan streptokokus invasif teruk, adalah penyakit yang bermula secara tiba-tiba yang disebabkan Streptokokus Kumpulan A.
![Premier Sarawak tidak ambil peduli tohmahan terhadap kepimpinannya Premier Sarawak tidak ambil peduli tohmahan terhadap kepimpinannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717772958_AbangJohariTunOpe.jpg)
Premier Sarawak tidak ambil peduli tohmahan terhadap kepimpinannya
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan beliau tidak ambil peduli tohmahan serta fitnah yang dilontarkan oleh orang luar terhadap kepimpinannya.
![Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718317738_Konvoikesihatanma.jpg)
Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji
Keadaan kesihatan jemaah dipantau dan dinilai oleh pasukan perubatan pakar yang mengiringi konvoi itu sehingga tiba di Tapak Suci.
![Kes jangkitan selesema burung pada manusia dilaporkan di India Kes jangkitan selesema burung pada manusia dilaporkan di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718186848_TBWHOLEBANONAID.jpg)
Kes jangkitan selesema burung pada manusia dilaporkan di India
Pada 22 Mei, WHO menerima laporan mengenai kes jangkitan virus selesema burung A (H9N2) membabitkan manusia di negeri Bengal Barat.
![Faisal Halim masih belum boleh lakukan aktiviti kecergasan berat, luka masih basah Faisal Halim masih belum boleh lakukan aktiviti kecergasan berat, luka masih basah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718095370_JohanKamal.jpg)
Faisal Halim masih belum boleh lakukan aktiviti kecergasan berat, luka masih basah
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor berkata luka di beberapa bahagian badan Mohamad Faisal masih basah selain kekuningan seperti bernanah.