Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.
Diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menandatangani plak untuk memperingati perasmian kompleks bernilai RM121 juta itu yang siap dibina pada Jun 2015 dalam masa 28 bulan.
Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Duta Khas Malaysia bagi Infrstruktur ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu.
Kompleks di atas tapak seluas dua hektar dalam enklaf diplomatik di ibu negara India itu dibina oleh Dhaya Maju Infrastructure Asia Sdn Bhd, terdiri daripada empat blok termasuk sebuah pejabat, sebuah dewan serba guna, kediaman pesuruhjaya tinggi dan sebuah 20 unit pangsapuri untuk staf.
Najib berkata Kompleks Suruhanjaya Tinggi itu sebagai salah satu daripada pejabat perwakilan terbaik Malaysia di seberang laut.
Sebelum ini staf Suruhanjaya Tinggi tinggal di luar kedutaan, dan dengan siapnya bangunan baharu ini, pegawai-pegawai daripada agensi Kerajaan Malaysia yang lain seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) juga beroperasi dari sini. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Najib rasmikan Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.