KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjalani hukuman yang diputuskan oleh mahkamah berhubung kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa selagi mahkamah belum memutuskan kes rayuan Najib, Perdana Menteri keenam itu dianggap bersalah.
Najib mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan RM42 juta dana SRC International.
"Mahkamah (Tinggi Kuala Lumpur) mendapati Perdana Menteri keenam bersalah. Itu keputusan mahkamah. Selagi ia tidak didapati tidak bersalah, ia bersalah.
"Ia patut jalan hukuman. Ada rakyat Malaysia yang belum pun didakwa (charge) telah dimasuk dalam tahanan, kenapa tidak orang yang sudah pun dihukum salah menjalani hukuman," katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Selasa.
BACA: Najib bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International
BACA: Najib, UMNO peroleh kembali aset yang disita bernilai RM114 juta
Najib ketika ini dibebaskan selepas diikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuan.
Membahas lagi, Dr Mahathir (PEJUANG-Langkawi) berkata rayuan yang dibuat terhadap kes tersebut telah memakan masa hampir setahun.
Bahkan, Ahli Parlimen Pekan itu katanya turut dibenarkan ke luar negara.
"Jika rayuan mendapati banduan tidak salah, bebaskan sahaja.
"Sudah hampir satu tahun rayuan dibuat. Tetapi belum ada keputusan dibuat. Dengan izin justice delayed is justice denied," ujar Dr Mahathir.
Sebelum ini, tiga hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasport untuk melawat anaknya di Singapura.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu, selepas pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan berkenaan.
Ia membabitkan pindaan daripada 20 Oktober hingga 22 November kepada 25 Oktober hingga 6 Disember depan.
Dalam masa yang sama, Dr Mahathir mempersoalkan apakah kerajaan serius untuk mendapat balik wang kerajaan yang telah diseleweng.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 02 2021
![Najib perlu jalani hukuman walaupun proses rayuan belum selesai - Tun M Najib perlu jalani hukuman walaupun proses rayuan belum selesai - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635844821_MahathirMohamadAh.jpg)
Dr Mahathir mendakwa, selagi mahkamah belum memutuskan rayuan terhadap kes Najib, Perdana Menteri keenam itu dianggap bersalah. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
![Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024 Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740137298_MotorcycleAccident.jpg)
Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
![Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740137100_AzanMaghribawal.jpg)
Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
![Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.
![300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI 300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738830536_ZafrulAbdulAziz.jpg)
300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.
![Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719917975_TBNancyShukri.jpg)
Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740050728_SaifuddinNasution.jpg)
Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738834308_MohamadHasan.jpg)
Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.
![PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740036234_FadillahYusof.jpg)
PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.
![KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738826575_AmirHamzahAzizan.jpg)
KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.
![Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738629024_TBParlimen.jpg)
Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran
![PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731164000_FadillahYusof.jpg)
PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.