Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mahkamah mengeluarkan arahan untuk memberitahu orang ramai dan media mengenai apa yang boleh dibincangkan dan disiarkan dan apa yang tidak boleh berhubung kes jenayah yang dihadapinya melibatkan dana SRC International Sdn Bhd," Mahkamah Rayuan diberitahu.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, apa-apa kenyataan yang dibuat oleh orang ramai atau media yang menyentuh merit kes anak guamnya (Najib), boleh menimbulkan "subjudice" kepada Najib.
Beliau berkata mahkamah perlu melindungi integriti proses kehakiman di negara ini dan tidak membenarkan orang awam membincangkan atau membuat keputusan sendiri dalam kes itu.
"Mahkamah tidak boleh membenarkan orang ramai mengambil alih fungsi mahkamah," kata beliau ketika berhujah dalam rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Ogos tahun lepas yang menolak permohonan bagi perintah larangan ke atas media dan orang awam daripada membincangkan merit kes jenayah yang dihadapi Najib.
"Mahkamah harus mengeluarkan arahan itu oleh kerana Peguam Negara menyatakan bahawa tida siapa boleh memaksanya berbuat demikian (mengeluarkan makluman), " kata Muhammad Shafee ketika berhujah di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.
Seorang lagi peguam mewakili Najib iaitu Harvinderjit Singh merujuk kepada kes terdahulu apabila sebuah mahkamah di Britain mengeluarkan garis panduan bagi media dalam bentuk nota makluman.
Beliau berkata, tiada apa-apa penerbitan harus membuat kesimpulan atau andaian mengenai kebersalahan seseorang yang terlibat dalam kes.
Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Najib untuk perintah larangan tetapi dalam penghakimannya menyentuh arahan yang diminta oleh Najib.
Beliau berkata, mahkamah harus membenarkan rayuan Najib mengenai terma-terma yang dipinda berhubung arahan yang terkandung dalam alasan penghakiman hakim Mahkamah Tinggi.
Peguam Negara Tommy Thomas berhujah bahawa rayuan Najib pasti gagal kerana Mahkamah Tinggi tidak membuat apa-apa kesilapan fakta dan undang-undang.
Beliau berkata seseorang harus membaca penghakiman Mahkamah Tinggi secara keseluruhan dan tidak memetik dan memilih perenggan tertentu.
Pada 4 Julai tahun lepas, Anggota Parlimen Pekan berusia 66 tahun itu didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kedudukannya berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos tahun lepas, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Panel yang disidangi oleh Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan awal hari ini mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib memohon surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah bagi mengetuai pendakwaan dan rayuannya bagi mendapatkan beberapa dokumen dan kenyataan.
Prosiding mahkamah bersambung esok untuk mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung rayuan Najib bagi mendapatkan beberapa dokumen.
Rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Feb tahun ini untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwa raya menarik balik sijil bagi memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, juga akan didengar esok (Selasa).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2019

MUHAMMAD SHAFEE: Mahkamah harus mengeluarkan arahan itu oleh kerana Peguam Negara menyatakan bahawa tida siapa boleh memaksanya berbuat demikian. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Najib mohon mahkamah keluar arahan berhubung perintah larangan terhadap media, orang ramai
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, mahkamah perlu melindungi integriti proses kehakiman di negara ini.