KUALA LUMPUR: Setelah selesai prosiding mahkamah melibatkan kes menyeleweng dana Syarikat SRC International Sdn Bhd, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berdepan empat lagi kes di Mahkamah Tinggi dengan dua daripadanya masih dalam proses perbicaraan.
Kes itu membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan salah guna kuasa untuk meminda laporan audit 1MDB.
Najib juga berdepan dua kes yang masih belum dibicarakan iaitu pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC sebanyak RM27 juta.
Selepas dua hari Ahli Parlimen Pekan itu dimasukkan ke penjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC, media sekali lagi akan memberi tumpuan terhadapnya kerana dijangka hadir ke Mahkamah Tinggi pada Khamis untuk pengurusan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB.
Di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Najib menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) jumlah yang sama.
Bagi kes rasuah, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan kes AMLA, Najib didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Setakat ini, seramai 25 saksi dipanggil untuk memberi keterangan dengan saksi terbaharu iaitu bekas Pengurus Kanan Jabatan Jualan Pertukaran Mata Wang Asing Ambank, Rosliza Ishak.
[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Pada Jumaat pula, Najib sekali lagi dijangka hadir ke mahkamah sama untuk menghadapi perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB, yang akan didengar oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Bagi pertuduhan ini, Najib didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu untuk mendapat kekebalan daripada tindakan undang-undang.
Tindakan itu menyebabkan laporan akhir audit 1MDB dipinda sebelum dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Mac 2016.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pula didakwa bersubahat dalam membuat pindaan itu bagi melindungi Najib daripada tindakan tata tertib, sivil atau jenayah.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Selain itu, mahkamah telah menetapkan beberapa tarikh lain iaitu 2 September serta 21, 25 dan 28 Oktober untuk meneruskan perbicaraan.
Pada 14 Jun lalu, Arul Kanda menyatakan kesediaannya untuk menjadi saksi pendakwaan dalam kes tersebut.
Bagaimanapun, pada hari sama, peguamnya, N Sivananthan menyatakan kekesalannya berhubung laporan berita tertentu.
Ini kerana beberapa tajuk berita seolah-olah menggambarkan Arul Kanda gembira untuk menjadi saksi pendakwaan terhadap Najib.
Pada 24 Jun pula, mahkamah telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi dalam perbicaraan kes berkenaan.
Ia pastinya menarik, memandangkan Arul Kanda merupakan tertuduh yang didakwa bersama Najib.
Sementara kes ketiga, Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berdepan enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Kes itu dijadualkan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan pendakwaan dijangka mahu memanggil sehingga 70 saksi untuk memberikan keterangan.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 1 hingga 4 April dan 8 hingga 11 April serta sepanjang Mei tahun depan bagi tarikh perbicaraan.
Bagaimanapun selepas lebih tiga tahun, mereka membuat permohonan supaya dilepaskan tanpa dibebaskan dengan alasan pertuduhan itu sudah tergantung tanpa sebarang perbicaraan.
Mahkamah menolak permohonan itu dengan alasan pendakwaan dalam kes itu bersedia dengan pertuduhan.
Bagi kes keempat pula, Najib berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC sebanyak RM27 juta yang mana sebelum ini dijadualkan didengar oleh Mohamed Zaini.
Najib didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.
Ahli politik itu dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sehingga kini, perbicaraan kes itu belum bermula kerana pihak pendakwaan dan pembelaan memohon ia ditangguhkan selepas keputusan rayuan kes menyeleweng dana SRC sebanyak RM42 juta di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, diketahui. — Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 24 2022
Setelah selesai prosiding mahkamah melibatkan kes menyeleweng dana Syarikat SRC, Najib masih berdepan empat lagi kes di Mahkamah Tinggi. - Foto BERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.
Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi
Suboh berkata bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil telah berbohong kepada lembaga pengarah berhubung penghantaran balik dana SRC dari luar negara.
Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah
Suboh Md Yassin berkata beliau hanya berkhidmat sebagai 'rubber stamp' dalam syarikat itu bagi melaksanakan kehendak Penasihat Emeritusnya, Datuk Seri Najib Razak.
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib Razak dan Nik Faisal Ariff Kamil di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke 19 Jun.
Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi
Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak boleh membantah arahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya bukan boneka Najib, kata bekas Pengarah SRC International
Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd Tan Sri Ismee Ismail menafikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau adalah 'boneka' Najib dalam melaksanakan strategi pelaburan syarikat itu.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.