Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) melancarkan tujuh buah bas yang akan menyertai kempen BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Bas yang diberi julukan "bas kestabilan" itu akan digunakan untuk mendekati rakyat di seluruh negara selepas Tahun Baru Cina.

Bas itu dilancarkan semasa majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Bandar Tun Razak, Cheras pagi Ahad.