Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, amalan sistem demokrasi berparlimen akan memastikan semua keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti adalah terletak di tangan rakyat.
Ujar beliau, ia sekaligus menuntut pembangkang untuk menghormati keputusan rakyat dan tidak menimbulkan huru-hara sekiranya kalah pada PRU nanti.
Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu ancaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kebangkitan arab spring perlu dilakukan rakyat sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian.
Ujar Najib, jika pembangkang tidak menghormati undang-undang, ia akan mewujudkan satu keadaan yang memberi kesan buruk kepada negara.
“Beliau berkata bahawa tidak percaya pada demokrasi, beliau tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat. Jika beliau mahu membuat huru-hara, kita ada undang-undang dalam negara kita," Najib berkata.
Beliau bagaimanapun yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih.
Dalam pada itu, Najib menyifatkan pembangkang sengaja mempolitikkan sambutan Tahun Baru Cina BN yang akan diadakan di Pulau Pinang.
Ujarnya, pembangkang sengaja mahu merosakkan majlis berkenaan dengan mempergunakan isu jemputan penyanyi Korea, Psy ke sambutan berkenaan.
Pada masa sama, Najib menafikan kenyataan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap perkauman apabila menyifatkan seruan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya orang ramai memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning pada sambutan itu sebagai kerja bodoh.