Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta tujuh lagi hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan balu dan keluarga penyiasat persendirian P.
Balasubramaniam.
Pada Jun lepas, balu Balasubramaniam, A.Santamil Selvi dan anak-anaknya iaitu B.Kishen, B. Menaga dan B.Reeshi memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan dua adik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohd Nazim sebagai defendan.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah peguam kanan Tan Sri Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham dan anaknya, Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah Zainal Abidin Muhayat, ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan peguam M. Arunapalam.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohammed Hashim ketika membenarkan permohonan Najib, Rosmah dan tujuh lagi defendan itu berkata kesemua ahli keluarga Balasubramaniam tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman itu kerana mereka tidak mempunyai surat kuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana mahkamah untuk berbuat demikian (memfailkan saman).
Beliau berkata plaintif juga gagal menyatakan secara terperinci apa, bila, bagaimana dan di mana perjanjian konspirasi kesemua defendan yang didakwa mendatangkan mudarat ke atas Balasubramaniam dan ahli keluarganya.
Hakim Hasnah berkata plaintif sepatutnya memfailkan saman itu antara 2008 hingga 2013 semasa konspirasi itu didakwa berlaku dan sebelum Balasubramaniam meninggal dunia, tetapi mereka memfailkannya Jun lepas.
Mahkamah juga memutuskan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan mahkamah membenarkan merit saman itu untuk didengar pada perbicaraan penuh kerana plaintif tiada hak memfailkan saman itu.
Oleh itu katanya, mahkamah membenarkan permohonan defendan-defendan untuk membatalkan saman itu.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan isteri, dan beberapa peguam lain yang mewakili defendan lain dan peguam Americk Singh Sidhu yang mewakili Santamil Selvi dan anak-anaknya pada 20 Nov lepas.
Mahkamah menetapkan hari ini untuk membuat keputusan.
Mahkamah memerintahkan plaintif membayar kos RM2,000 kepada kesemua defendan kecuali tiga defendan Ahmad Johari, Cecil Abraham dan Sunil Abraham kerana ketiga-tiga mereka tidak memohon sebarang kos daripada mahkamah.
Dalam pernyataan tuntutan, Santamil Selvi dan anak-anaknya berkata mereka meninggalkan negara ini selama tempoh 56 bulan dari 4 Julai 2008 sehingga Balasubramaniam meninggal dunia pada 15 Mac 2013.
Wanita itu mendakwa suaminya telah dipaksa untuk menarik balik akuan bersumpah pertama yang diikrar Balasubramaniam pada 1 Julai 2008 mengenai fakta-fakta tertentu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribu.
Plaintif mendakwa suaminya yang dilantik sebagai penyiasat persendirian oleh bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang merupakan salah seorang tertuduh yang didakwa dalam kes bunuh Altantuya, berkata akuan bersumpah itu dikeluarkan dalam satu sidang akhbar pada 3 Julai 2008.
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM840,000 termasuk sewa pangsapuri di Chennai, India, yuran persekolahan anak-anaknya dan kehilangan pendapatannya sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos.
Americk ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan hari ini.
Bernama
Thu Dec 11 2014
Najib, isteri serta tujuh lagi hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan balu dan keluarga penyiasat persendirian P. Balasubramaniam. -Gambar fail
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
Najib, isteri dan tujuh lagi berjaya batalkan saman keluarga Balasubramaniam
PM Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta tujuh lagi hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan balu dan keluarga penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.
Kemukakan 'bukti baru' kes Altantuya, kata Gani
Peguam Negara tidak tolak kemungkinan kes pembunuhan Altantuya Shaaribu dibuka semula jika ada bukti kukuh yang baru.