Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail tidak menolak kemungkinan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu boleh dibuka semula tetapi beliau menggesa mereka yang ada "bukti baru" untuk tampil mengemukakan bukti itu.

Abdul Gani mengulas kenyataan Majlis Peguam baru-baru ini bahawa ada bukti baru yang cukup untuk kes itu dibicara semula.

"Bawa kepada saya bukti itu. Polis juga boleh buka semula kes tersebut sekiranya ada bukti baru. Saya akan teliti bukti berkenaan," kata Abdul Gani.

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa bukti yang dianggap baru itu mesti sesuatu yang kukuh.

"Jangan beri saya keterangan dengar cakap. Saya perlu bukti baru yang kukuh yang boleh diterima oleh mahkamah. (Beban pembuktian) kes jenayah ialah melampaui keraguan munasabah," katanya.

Pada 30 Mac lepas, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong berkata, pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan; penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam dan peguam Americk Sidhu Singh telah menarik perhatian bahawa kes itu perlu disiasat semula.

BERITA PENUH klik laporan berbahasa Inggeris