Kabinet yang bakal dibentuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat ini disaran memperkenalkan jawatan khusus jurucakap kerajaan dan memansuhkan Kementerian Penerangan.
Penganalisis politik, Norizan Sharif berkata, langkah itu bagi meningkatkan lagi komunikasi antara kerajaan dan rakyat.
"Jawatan Jurucakap Kerajaan merupakan perkara biasa dalam mana-mana kerajaan supaya sebarang keputusan atau pun pendirian kerajaan disebut dalam suara yang satu," kata Norizan semasa ditemubual dalam Buletin AWANI, hari ini.
Norizan ditemubual bagi mengulas tulisan beliau di blognya yang mencadangkan kepada Najib supaya membariskan hanya 10 kementerian dalam kabinet barunya.
Norizan mengemukakan cadangan memperkenalkan jurucakap kerajaan itu kerana melihat aspek komunikasi antara kerajaan dengan rakyat sebagai satu daripada kekurangan yang perlu ditangani dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional.
"Jawatan Menteri Penerangan kadang-kadang 'confine' atau menghadkan peranannya hanya kepada stesen-stesen TV dan radio milik kerajaan sahaja sedangkan kalau kita bercakap mengenai komunikasi ia merangkumi media sosial juga," ujar beliau.
Jurucakap kerajaan merupakan jawatan penting dalam menyelaras maklumat berkaitan keputusan, dasar mahu pun pendirian sesebuah kerajaan berhubung pelbagai perkara seperti yang diamalkan di beberapa negara termasuk Indonesia dan Filipina.
Malah pendirian kerajaan dilihat kritikal dalam mengukuhkan interaksi serta komunikasi antara kerajaan dan rakyat bukan sahaja isu-isu domestik malah melibatkan hal ehwal hubungan luar.
Pada Julai 2012, Malaysia pernah menyuarakan hasrat untuk melantik jurucakap kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu yang membayangi hubungan erat Malaysia-Indonesia.
Ia sebagai langkah untuk menangani setiap isu yang tercetus dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan serta mengelak salah faham hingga menimbulkan polemik.
Ashwad Ismail
Fri May 10 2013
Menteri Israel ugut letak jawatan jika gencatan senjata lulus
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, umum beliau akan meletak jawatan daripada kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu jika kabinet meluluskan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
WHO seru komuniti antarabangsa tingkat bantuan di Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru komuniti antarabangsa untuk mempergiatkan pembiayaan bagi respons bantuan berskala besar di Gaza.
Gencatan senjata Gaza mula Ahad, walau ada halangan akhir
Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula pada hari Ahad seperti yang dirancang, walaupun masih terdapat isu kecil yang perlu diselesaikan oleh perunding pada saat-saat akhir.
LYF George Town rancakkan industri perhotelan di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, industri perhotelan mempunyai peranan besar dalam menyediakan tempat untuk menyambut kedatangan tetamu kenamaan asing dan delegasi berikutan beberapa mesyuarat ASEAN akan turut diadakan di Pulau Pinang.
Malaysia tangani risiko overtourism menerusi amalan pelancongan lestari
Meskipun Malaysia belum menghadapi lebihan pelancong secara meluas, beberapa lokasi pelancongan seperti Semporna, Sabah telah mula berdepan masalah itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Dasar Tahun 3, Tahun 6 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Memandangkan tujuan perkara itu adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri.