KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa percutian Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga di atas sebuah kapal persiaran pada 2009 bertukar menjadi perbincangan usahasama diplomatik yang tidak melalui saluran perbincangan yang sah dan formal sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada negara.
Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Arifin berkata perjumpaan di antara Putera Turki (yang dikatakan kerabat Arab Saudi) dan Pengarah PetroSaudi International Ltd (PSI) Tarek Obaid dengan Najib dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ketika percutian itu mengesahkan ia telah menjadi penanda aras kononnya berlaku perbincangan kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang dicanang oleh Najib hingga ke hari ini.
"Perbincangan tersebut juga tidak melibatkan pegawai tinggi kerajaan sedangkan kerajaan terpaksa menanggung pinjaman dana dengan pengeluaran jaminan penuh.
"Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu sepatutnya tahu bahawa perbincangan usahasama G2G aras tertinggi seperti ini memerlukan saluran diplomatik yang sah dan bukannya berpunca daripada perbincangan tidak formal di atas kapal persiaran sahaja," katanya.
Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya setebal 95 muka surat semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mustaffa P Kunyalam pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Dalam pada itu, Nur Aida berkata pelantikan Edward L. Morse sebagai penilai aset PSI diragukan kerana laporan Penilaian Aset PSI disediakan hanya dalam masa lapan hari sahaja sedangkan nilai aset yang dinilai adalah sangat besar iaitu antara AS$2.7 bilion dan AS$4.5 bilion.
"Malahan, Datuk Seri Najib telah mengarahkan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB) untuk tidak membuat penilaian ke atas aset PSI dengan alasan ingin menjaga nama baik bilateral Malaysia dan Arab Saudi dari segi politik dan reputasi.
"Datuk Seri Najib telah menggunakan Jho Low dan Datuk Shahrol Azral untuk memaksa ahli lembaga pengarah 1MDB melalui bekas Pengerusinya Tan Sri Mohd Bakke Salleh supaya mengikut arahan dan juga saranan mereka dalam beberapa tindakan dan keputusan berkaitan dengan usahasama dengan PSI," katanya.
Tambah Nur Aida, alasan yang selalu diberikan Najib adalah menjaga hubungan G2G yang dijalin antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi dan ini menyebabkan banyak keputusan dan kelulusan yang dibuat tidak menyebelahi 1MDB dan kerajaan.
Mahkamah sebelum ini diberitahu kerjasama 1MDB-PSI menyebabkan 1MDB menyuntik dana berjumlah AS$1 bilion sebagai modal permulaan yang dibayar secara tunai, bagaimanapun, daripada jumlah itu AS$700 juta dilencongkan ke dalam syarikat Good Star Ltd iaitu syarikat yang dimiliki oleh Jho Low.
Pada perbicaraan 1MDB sebelum ini, Shahrol Azral yang juga saksi pendakwaan kesembilan berkata projek usahasama di antara 1MDB dan PSI tercetus dan dibincangkan semasa Najib bercuti di selatan Perancis di atas sebuah kapal layar bersama Putera Turki pada Ogos 2009.
Pada Mei 2022 pula, bekas Pegawai Khas Najib Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail (saksi pendakwaan ke-16) memberitahu mahkamah pada hari kedua atau ketiga pelayaran percutian Najib dan keluarga, Najib memaklumkan kepadanya bahawa seorang Putera Saudi iaitu Putera Turki berada di sebuah kapal lain yang berdekatan dan beliau menjemput Najib sekeluarga untuk minum petang di atas kapal mereka.
Katanya, rombongan itu disambut oleh Putera Turki dan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Tarek Obaid.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 8 Jan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.