SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengikut arahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai pengendali tunggal sistem Visa Luar Negara (VLN) ke Malaysia di China.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Suriani Ahmad berkata ia berdasarkan catatan minit oleh Najib pada surat bertarikh 23 Mei 2013 yang dihantar kepada Ahmad Zahid yang menyatakan 'projek ini perlu diteruskan'.
Semasa disoal peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili bekas timbalan perdana menteri itu mengenai siapa yang memberi arahan itu berdasarkan catatan minit tersebut, Suriani berkata: "Arahan Perdana Menteri."
Ketika dirujuk kepada minit lain bertarikh 20 Jan 2014 pada surat berkenaan oleh peguam itu, Suriani berkata: "Minit itu menyatakan 'YB Datuk Sri Zahid, Sila Bantu Dalam Hal ini. Kontrak ini perlu diteruskan'
Hamidi: Ia ayat perdana menteri kepada timbalan perdana menteri?
Suriani: Betul
Suriani turut bersetuju dengan Hamidi bahawa beliau juga akan melaksanakan arahan sekiranya diarah oleh ketuanya, Tan Sri Alwi Ibrahim yang merupakan Ketua Setiausaha KDN ketika itu.
Sebelum ini, saksi pendakwaan kedua Azman Azra Abdul Rahman @ Md Salleh iaitu bekas Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN memberitahu mahkamah bahawa UKSB ada menghantar beberapa surat kepada Najib bagi memohon pertimbangannya untuk mengekalkan syarikat tersebut sebagai pengendali tunggal pengurusan visa ke Malaysia di China.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Gan Peng Kun semasa pemeriksaan semula mengenai catatan minit yang diterima KDN daripada Ahmad Zahid berhubung tempoh lanjutan kontrak VLN, saksi pendakwaan keempat itu menjelaskan ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
"Pendirian kementerian adalah sekiranya bersetuju untuk buat lanjutan itu, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana kontrak masih berjalan dan ada banyak masa lagi sebelum ia tamat. Sebab itu saya rasa perlu ada masa dan ruang untuk buat penilaian terlebih dahulu.
"Kontrak belum tamat lagi. Ada tiga tahun. Satu jangka masa yang panjang. Sepatutnya tiga tahun lagi diberi masa membuat penilaian (pelanjutan kontrak). Itu pendirian kementerian," katanya.
Sementara itu, saksi pendakwaan kelima, bekas penolong setiausaha, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Sheeba Kunhmon, 48, berkata Ahmad Zahid menerima gaji serta elaun berjumlah RM44,383.15 setiap bulan bermula dari 2015 hingga 2018 ketika menjawat jawatan sebagai timbalan perdana menteri.
"Semasa memegang jawatan itu pada 2015 hingga 2018, Ahmad Zahid menerima RM18,168.15 sebulan manakala elaun RM26,215.
"Sebagai Menteri Persekutuan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri) antara 2008 dan 2015 adalah RM14,907.20 manakala elaun yang diperoleh sebanyak RM24,320," katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh TPR Zander Lim Wai Keong.
Ketika disoal Lim mengenai sumber gaji yang diterima oleh Ahmad Zahid, Sheeba menjawab: "Dari kerajaan Malaysia."
Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 20 Dis depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Mahkamah Tinggi diberitahu Ahmad Zahid mengikut arahan Najib supaya melanjutkan kontrak syarikat UKSB sebagai pengendali tunggal sistem VLN ke Malaysia di China. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Pengurusan kes rayuan pendakwaan kes VLN Zahid pada 28 Julai
Pengurusan kes untuk rayuan itu dijalankan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof hari ini yang menetapkan tarikh pengurusan kes baharu itu.
Rayuan pendakwaan kes VLN Ahmad Zahid: Pengurusan kes ditetapkan 17 Feb
Tarikh pengurusan kes baharu itu disahkan oleh sumber ketika dihubungi.
Zahid Hamidi lepas, bebas pertuduhan rasuah VLN
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa menyampaikan keputusan itu sebentar tadi.
[LAPOR LANGSUNG] Zahid Hamidi lepas, bebas semua pertuduhan rasuah VLN
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi kesemua tuduhan terhadap Ahmad Zahid.
Kes rasuah VLN: Zahid Hamidi tiba di mahkamah, sempat bersalam dengan penyokong
Antara figura politik yang dilihat menemani beliau pada prosiding hari ini adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kes rasuah VLN: Bebas atau bela diri? Nasib Zahid Hamidi diketahui pagi ini
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada jam 9 pagi.
Saksi masih positif COVID-19, bicara rasuah Zahid Hamidi tangguh lagi
Saksi tersebut yang merupakan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih positif COVID-19 dan dikuarantin sehingga 31 Julai.
Saksi terakhir dijangkiti COVID-19, bicara kes rasuah Ahmad Zahid tangguh
Saksi yang merupakan pegawai penyiasat SPRM memaklumkan dijangkiti COVID-19 pada lewat malam tadi.
Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah pertuduhan pindaan
Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas satu tuduhan pindaan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Pengarah UKSB mengaku beri wang tunai kepada Zahid Hamidi setiap bulan selama 4 tahun
Harry Lee Vui Khun berkata bayaran kepada Ahmad Zahid bermula akhir tahun 2014 dengan bayaran sebanyak SG$200,000 sebulan kemudian meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.