Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan rasmi enam hari beliau ke China kali ini amat berjaya, dan para pemimpin tertinggi China menganggap hubungan dengan Malaysia sebagai sesuatu yang 'istimewa'.
"Saya anggap lawatan rasmi saya ke China sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China ini mendapat sambutan begitu menggalakkan sekali. Hasil lawatan saya anggap amat berjaya," katanya pada sidang media sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
Najib berkata dalam pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang, kedua-dua pemimpin utama negara itu menegaskan bahawa hubungan China dan Malaysia adalah amat penting, dan mereka menganggap ia sesuatu yang amat istimewa.
"Mereka beri keutamaan yang tinggi kepada hubungan antara China dan Malaysia," kata beliau.
Menurut Najib, dengan komitmen yang diberi dan kenyataan yang diluahkan kedua-dua pemimpin tersebut, beliau amat optimis dan yakin masa depan hubungan China dan Malaysia amat cerah sekali dan akan terus dapat dilonjakkan kepada tahap kejayaan yang lebih besar lagi.
Malah, kata beliau, layanan yang diberi amat mesra dan Li yang sepatutnya menghadiri satu majlis di luar Beijing, telah menjadual semula untuk hadir pada sambutan ulang tahun itu di Great Hall of People semalam yang merupakan hari cuti umum sempena Festival Perahu Naga.
Ditanya perasaan beliau apabila menghadiri majlis sambutan ulang tahun di tempat dan tarikh sama bapa beliau dan Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein menandatangani perjanjian yang membolehkan hubungan diplomatik dijalin dengan China, Najib berkata beliau merasa begitu emosi sekali.
"Saya rasa begitu emosi atas dua perkara...satu signifikan majlis ini dibuat tempat sama 40 tahun dulu.
Dan kedua sorotan kembali, lihat suasana di rantau ini ketika perang dingin, ancaman komunis di Malaysia ketika itu dan keadaan ramai yang sangsi dengan hubungan Malaysia-China," katanya.
Walaupun berdepan pelbagai halangan, Najib berkata beliau dapat membayangkan bagaimana sukarnya bagi Tun Razak untuk membuat keputusan ketika itu yang kini jelas sekali merupakan satu keputusan yang amat tepat.
"Apa yang dilakukan pemimpin dulu telah meletakkan asas yang kukuh. Hubungan ini mantap walaupun berlaku apa-apa masalah, termasuk isu MH370. Melihat 40 tahun akan datang, atas asas ini, hubungan ini akan membawa kemajuan lebih besar," katanya.
Dengan keyakinan tersebut, Kerajaan Malaysia akan mengambil langkah susulan untuk menjayakan semua ketetapan dan persefahaman yang telah dicapai, kata Najib, yang turut melawat bandar raya purba Xi'an sebelum datang ke ibu negara ini.
Bagi membolehkan tindakan yang lebih bertepatan dari segi masa dan keberkesanannya, Najib berkata beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas.
Katanya jawatankuasa ini akan memantau dan mengambil semua tindakan lanjutan ataupun susulan yang perlu dilakukan pihak Malaysia supaya sebarang permasalahan, rintangan dan hambatan dapat diatasi dengan lebih tepat ataupun lebih pantas.
Najib berkata ia adalah sebuah jawatankuasa dalam kerajaan dan kementerian yang berkaitan akan dipelawa menyertainya tambahan pula hubungan dua hala telahpun dipertingkatkan.
"Ini melibatkan banyak kementerian dan mustahak bagi kita mengetahui apa yang dilakukan pihak yang satu lagi dan menyelaraskan semua tindakan yang perlu dengan segera supaya ada momentum baharu dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan China," katanya.
Beliau berkata mesyuarat yang akan diadakan bukanlah mesyuarat berjadual, sebaliknya diadakan dari semasa ke semasa dan jika ada keperluan namun sekurang-kiranya dua kali dalam setahun.
Najib juga berkata walaupun kedua-dua negara mempunyai perbezaan pendapat tentang beberapa isu, China menyatakan mereka amat menyenangi pendekatan dan cara Malaysia menanganinya, khususnya isu Laut China Selatan.
"Kita tak bersikap konfrontasi, kita pilih berbincang. Kita anggap isu sensitif dapat ditangani dengan rasional dan tenang, bukan cara yang sensitif.
Cara kita ambil masa tapi jelas bukan hambatan pada hubungan," katanya lagi.
Ditanya sama ada China ada meminta bantuan Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam pertelagahan dengan Filipina dan Vietnam berhubung isu Laut China Selatan, Najib berkata mereka belum sampai ke tahap itu.
Katanya sebagai bakal Pengerusi Asean pada 2015, isu Laut China Selatan akan menjadi satu cabaran besar kepada Malaysia yang perlu mencari jalan penyelesaian dengan kaedah yang tidak membawa kepada ketegangan.
"Kita akan pilih cara rundingan dan perbincangan...pendekatan yang jamin keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan," katanya.
Bernama
Sun Jun 01 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden China Xi Jinping. --fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Takaful Malaysia perkukuh legasi 40 tahun dengan program belia
Takaful Malaysia meraikan 40 tahun dengan memperkenalkan Takaful 100 Youth Leadership Program yang fokus kepada kepimpinan belia.

Tiket konsert M. Nasir Satu Hikayat habis terjual
Konsert yang dianjurkan oleh Shiraz Project Sdn Bhd itu bakal diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebagai mengenang suka-duka 40 tahun M.Nasir bergelar anak seni.

Sukan Asia tumpuan Chong Wei seterusnya
Perkongsian daripada Chong Wei ini cukup unik memandangkan dia turut menawarkan perspektif terhadap perancangan baki kerjayanya.

Infografik: Najib Razak, 40 tahun dalam politik
Infografik: Najib Razak, 40 tahun dalam politik

Najib hadir majlis kesyukuran 40 tahun dalam politik
Datuk Seri Najib Tun Razak bersama lebih 2,000 tetamu menghadiri majlis tahlil dan kesyukuran bersempena 40 tahun penglibatan beliau dalam politik.

Bakti Tun Razak terhadap negara rangsang Najib ceburi politik
Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bakti setia ayahanda beliau terhadap rakyat dan negara menjadi perangsang utama baginya untuk menceburi bidang itu.

Najib anggap lawatan ke China amat berhasil
Pemimpin kedua-dua negara menegaskan bahawa hubungan China dan Malaysia adalah amat penting, dan mereka menganggap ia sesuatu yang amat istimewa.

Ampang Park kini sudah 40 tahun
Pusat membeli belah Ampang Park semalam telah menyambut ulang tahunnya yang ke-40, sehingga kini tidak pernah lekang dari pengunjung.