Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan laporan Indeks Syariah bagi mengukur pelaksanaan agenda Islam dan pengisian memartabatkan Islam di Malaysia pada 28 Mac ini.
Najib berkata Indeks Syariah itu sangat penting dan dekat di hatinya kerana sebagai Perdana Menteri beliau ingin mengetahui komitmen kerajaan terhadap agenda Islam.
Beliau berkata Indeks Syariah yang dilancarkan Februari tahun lalu dapat menentukan sama ada dasar-dasar yang dijalankan kerajaan berdasarkan syariat Islam.
"Kita tidak boleh membuat sesuatu kesimpulan semata-mata dari segi pandangan umum sahaja. Kadang-kadang pandangan kita diwarnai dari sudut pengalaman peribadi kita.
"Mungkin kerana sesuatu itu tidak dilabel Islam ataupun diwarnai pertimbangan politik yang menyebabkan sesuatu kesimpulan tafsiran kita tidak menepati hakikat sebenar," katanya ketika berucap pada majlis penghargaan penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 2015 di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia (ISM) Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
ISM merupakan yang pertama seumpamanya dibangunkan di dunia bagi mengukur keseriusan kerajaan dalam mencapai lima aspek Maqasid Syariah (dikehendaki oleh syarak) iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Indeks itu juga mengukur lapan bidang utama iaitu perundangan Islam, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran serta sosial.
Najib berkata Indeks Syariah akan memberi gambaran yang tepat mengenai polemik serta definisi negara Islam.
"Saya sebagai perdana menteri, saya mesti tahu kalau masih ada lagi kekurangan, penambahbaikan dan pembetulan maka, saya perlu lakukan yang terbaik untuk meninggikan martabat Islam.
"Lagipun, saya percaya pada satu prinsip iaitu kalau sesuatu boleh diukur, maka sesuatu itu boleh dilakukan penambahbaikan," katanya.
Najib berkata laporan indeks syariah itu merupakan usaha tepat kerana ia merupakan satu proses untuk memberi penjelasan kepada rakyat memahami dan memberi respons.
Ia akan menjadi asas untuk membuat rumusan yang lebih tepat dan jelas.
"Saya juga berharap negara-negara lain menyertai usaha ini. Kita boleh jadikan ia satu program dalam kalangan negara-negara Islam yang lain.
"Apabila kita sebut, Malaysia akan menjadi negara Islam contoh di dunia. Apabila kita sebut negara contoh, maka indeks syariah yang akan menjadi penanda aras kepada kenyataan tersebut," katanya.
Najib berterima kasih kepada 133 penyelidik daripada lima universiti tempatan yang memberikan komitmen tinggi bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melihat kajian Indeks Syariah menjadi kenyataan.
Bernama
Tue Jan 19 2016
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sijil penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia kepada Prof Dr Mohd Sahar Yahya pada majlis penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 2015 di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Najib akan bentang Laporan Indeks Syariah pada 28 Mac
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan laporan Indeks Syariah bagi mengukur pelaksanaan agenda Islam dan pengisian memartabatkan Islam di Malaysia pada 28 Mac ini.