KUALA LUMPUR: Persatuan perniagaan termasuk pengusaha restoran membantah tindakan FOMEMA Sdn Bhd (FOMEMA) menaikkan kadar yuran dan kekerapan pemeriksaan perubatan pekerja asing kerana keputusan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan pihak berkepentingan.
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) serta Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia (MIMCOIN) dalam kenyataan sama memaklumkan, pihak persatuan hanya mengetahui kenaikan yuran kesihatan setiap tahun untuk pekerja apabila melawati laman sesawang FOMEMA.
"Soalannya, apakah rasionalisi di sebalik keputusan tersebut? Pihak persatuan perniagaan juga rasa terkilan kerana sehingga kini, tiada pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan berhubung kenaikan yang dibuat oleh FOMEMA yang telah berkuat kuasa mulai 16 Dis tahun lepas.
"Sebelum ini, pekerja asing perlu membuat pemeriksaan kesihatan sehingga tiga tahun secara berterusan dan tidak perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan sehingga tujuh tahun. Ia kemudian ditukar kepada setiap tahun secara berselang-seli, bermaksud jika tahun ini sudah buat, tahun depan tidak perlu tetapi kini FOMEMA menukar pula kepada setiap tahun.
"FOMEMA juga secara unilateral menaikkan yuran sebanyak 10 peratus kepada 14 peratus dan dengan kira-kira dua juta pekerja asing, majikan perlu menanggung kos kira-kira RM414 juta setahun untuk pemeriksaan perubatan FOMEMA bagi pekerja asing," menurut kenyataan itu.
Justeru, persatuan perniagaan menggesa pihak berkaitan mengadakan perbincangan atau konsultasi terlebih dahulu dengan pemegang taruh sebelum membuat sebarang keputusan atau perubahan.
"Kami membantah keputusan tersebut dan menyeru FOMEMA mengekalkan yuran dan kekerapan pemeriksaan kesihatan untuk pekerja asing seperti dahulu," menurut kenyataan itu.
Kenyataan sama turut menjelaskan bahawa yuran pemeriksaan perubatan pekerja asing yang dicaj oleh FOMEMA ialah RM190 bagi lelaki dan RM207 untuk wanita meliputi saringan HIV, Hepatitis B, sifilis dan kehamilan termasuk penggunaan opiat serta kanabis.
"Yuran kemudian dinaikkan kepada RM207 bagi lelaki dan RM217 bagi perempuan serta diperluas kepada tiga kategori baharu iaitu filariasis (cacing gelang), Hepatitis C dan metamfetamina.
"Kami difahamkan bahawa negara seperti Emiriah Arab Bersatu dan Singapura yang mempunyai ramai pekerja asing tidak mengamalkan perkara seperti ini, ujian saringan kesihatan di kedua-dua negara adalah dua tahun sekali. Kami juga ingin menyeru FOMEMA mengkaji semula perkara ini.
"Satu salinan laporan ujian kesihatan juga sepatutnya perlu diberikan kepada majikan supaya majikan boleh simpan untuk rujukan. Pada masa ini, FOMEMA tidak memberikan salinan laporan ujian baik kepada pekerja mahupun majikan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
![Naikkan yuran: Persatuan perniagaan, pengusaha restoran bantah tindakan FOMEMA Naikkan yuran: Persatuan perniagaan, pengusaha restoran bantah tindakan FOMEMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-06/71435216525_KEDAIMAMAK.jpg)
Persatuan perniagaan termasuk pengusaha restoran membantah tindakan FOMEMA menaikkan kadar yuran dan kekerapan pemeriksaan perubatan pekerja asing kerana keputusan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan pihak berkepentingan. - Gambar hiasan
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721029437_KualaLumpur.jpg)
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Keputusan Speaker: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal satu undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Pameran WIPO promosi industri kreatif dan produk harta intelek ASEAN
Malaysia amat komited untuk terus mengembangkan potensi harta intelek sebagai pemangkin dan enjin utama pertumbuhan negara.
![Saran Fomema diletakkan bawah Perkeso - Kula Segaran Saran Fomema diletakkan bawah Perkeso - Kula Segaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41541841150_MKulasegaran.jpg)
Saran Fomema diletakkan bawah Perkeso - Kula Segaran
Ini supaya ia memudahkan pengurusan perubatan pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia.
![Sistem biometrik saring pekerja asing dilaksana Februari 2018 Sistem biometrik saring pekerja asing dilaksana Februari 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513870105_EKadImigresen.jpg)
Sistem biometrik saring pekerja asing dilaksana Februari 2018
Sistem Biometrik Pemeriksaan Saringan Kesihatan Pekerja Asing bertujuan menangani masalah pemalsuan identiti dijangka hanya akan berkuatkuasa sepenuhnya di seluruh negara pada Februari tahun depan.
![Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81446132730_950x600.jpg)
Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA
PRESMA mahu pihak berkuasa tidak menumpukan usaha mengekang penularan penyakit demam kepialu kepada pekerja asing di restoran sahaja.