SUNGAI PETANI: Jenazah Ketua Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, dan Ketua Ameerah Pas Sungai Petani, Nor Fatihah Nabilah Bukri, 23, selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sungai Petani, pada Sabtu.
Jenazah Taibah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, Sungai Petani pada jam 9.40 pagi, disusuli jenazah Nor Fatihah yang dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan, Sungai Petani jam 11 pagi.
Kira-kira 500 orang terdiri daripada rakan dalam parti, ahli keluarga dan kenalan hadir untuk memberi penghormatan terakhir ke atas kedua-dua jenazah.
Menurut anak keenam Allahyarhamah Taibah, Imaduddin Md Noor, 24, kali terakhir dia bertemu ibunya ketika menghantarnya ke Stesen Bas Sungai Petani untuk menaiki bas bersama rombongan ke Muktamar Tahunan Pas di Shah Alam, Selangor Rabu lalu.
Katanya, sewaktu dalam perjalanan dia sempat berbual dengan ibunya mengenai mati syahid dan pergolakan yang berlaku di Palestin.
“Saya yang hantar Umi (arwah) dekat stesen bas Sungai Petani untuk pergi Muktamar Pas di Shah Alam.
“Arwah selalu cerita pasal syahid tambah pula sekarang isu hangat dekat Palestin. Umi kata saya anak lelaki bolehlah pergi jihad boleh dapat syahid, Umi ni perempuan payah Umi dah dapat yang apa Umi nak, Umi selalu cerita pasal kematian orang yang baik-baik,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, di sini, pada Sabtu.
Jelas Imaddudin, dia mengetahui kemalangan menimpa ibunya melalui kumpulan WhatsApp keluarga dan pada mulanya menyangka ibunya hanya cedera ringan.
Namun katanya, ketika sedang bersiap untuk ke Hospital Slim River adiknya memberitahu yang ibu mereka sudah meninggal dunia.
Sementara itu, suami Allahyarham, Md Noor Hasan, 61, berkata dia reda dengan pemergian isterinya itu.
“Dia (arwah) sembahyang tepat waktu. Arwah selalu berpesan kepada anak bongsu yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) supaya membaca Al-Quran setiap malam,” ujarnya.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, Taibah, Fatihah Nabilah, dan Nurul Najihah Amzi, 27, yang juga Penolong Setiausaha Dewan Muslimat Pas Kawasan Sungai Petani meninggal dunia ketika sedang membantu mangsa kemalangan di Kilometer 390 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Behrang, Perak.
Dalam kejadian itu, Taibah dan Fatihah Nabila maut di tempat kejadian manakala Nurul Najihah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Slim River semasa menerima rawatan.
Terdahulu, jenazah Nurul Najihah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga, Alor Setar selepas Subuh tadi.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 21 2023
Jenazah Taibah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, Sungai Petani pada jam 9.40 pagi. - Gambar/ Astro AWANI
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Nahas Muslimat Pas: Jenazah semua mangsa selamat dikebumi
Jenazah Ketua Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, dan Ketua Ameerah Pas Sungai Petani, Nor Fatihah Nabilah Bukri, 23, selamat dikebumikan di kampung di Sungai Petani.
Nahas Muslimat Pas: 30 minit menunggu dalam kereta, tak tahu rakan maut dirempuh
Rakan tidak sedar kejadian menimpa tiga perwakilan Muslimat Pas yang terkorban semasa membantu mangsa kemalangan di Kilometer 390 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Behrang pada Jumaat.
Pas hasrat tanding 10 kerusi PRN Sabah
Beliau bagaimanapun berkata perincian kawasan DUN yang bakal ditandingi parti itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
'Terima kasih bagi pandangan, tetapi anda bukan kerajaan'
Maszlee berkata, Malaysia kini berada pada era demokrasi dan setiap pihak berhak membuat kenyataan serta perlu bertanggungjawab ke atas kenyataan itu.
Pas yakin menang jika berlaku PRN di Kedah
Bagaimanapun parti itu berharap agar jalan penyelesaian lain dapat dicapai sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) gagal mendapat sokongan untuk melantik Speaker DUN.