TANJUNG MALIM: Keadaan hujan lebat ditambah dengan kenderaan banyak membuatkan rakan tidak sedar kejadian menimpa tiga perwakilan Muslimat Pas yang terkorban semasa membantu mangsa kemalangan di Kilometer 390 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Behrang di sini pada Jumaat.
Hasnah Nayan, 61, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi perwakilan, Noorsimah Saleh, 54, tidak turun dari kenderaan kerana kurang sihat.
"Dekat 30 minit juga kami duduk dalam kereta, sepanjang tempoh itu kami tak sedar apa yang berlaku di luar kerana tak nampak apa, bunyi dentuman pun tak dengar.
"Bila dah rasa lama sangat, saya turun kereta, tak lama selepas itu ambulans datang bertanya dan maklumkan tiga rakan kami itu telah dirempuh kereta," katanya kepada pemberita.
Kejadian sekitar jam 2.30 petang itu mengakibatkan Ketua Unit Khas Wanita Muda Pas Sungai Petani, Fatihah Nabila Bukri, 23, dan Ketua Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, maut di tempat kejadian.
Sementara, Penolong Setiausaha Muslimat Pas Sungai Petani, Nurul Najihah Amzi, 27, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Slim River.
Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas mengikuti Muktamar Tahunan Pas ke-69 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Hasnah berkata, mereka berlima yang menaiki kereta jenis Toyota Fortuner sempat berhenti di Hentian Sebelah Behrang untuk solat dan makan sebelum meneruskan perjalanan hingga sampai ke lokasi kejadian.
Katanya, sampai dekat lokasi, kenderaan di hadapan mereka terlibat kemalangan membuatkan mereka berhenti di lorong kecemasan.
"Fatihah sempat hubungi Plus maklumkan kemalangan dan mereka bertiga turun dari kereta meredah hujan sebab nak tahu keadaan sebenar mangsa.
"Awalnya saya sangka ambulans datang untuk mangsa yang kemalangan itu, rupanya datang untuk bawa rakan.
"Saya terkedu sampai tak tahu nak buat apa, mereka pergi sekelip mata sedangkan sebelum itu kami begitu ceria dalam kereta," katanya.
Sementara itu, rasa tidak sedap hati seorang ibu menerima panggilan telefon bertalu-talu, rupa-rupanya membawa perkhabaran duka anak gadisnya, Fatihah Nabila terlibat kemalangan.
Jamaliah Jaafar, 52, berkata, hatinya terdetik ada sesuatu yang tidak kena selepas menerima lima panggilan telefon daripada anak saudaranya ketika sedang menunaikan solat Zohor.
"Saya terkejut apabila diberitahu bahawa anak saya maut dalam kemalangan. Saya dan suami yang mulanya cadang untuk pulang ke kampung terus segera ke hospital," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River di sini pada Jumaat.
Jamaliah berkata, anak sulung daripada lima beradik yang bekerja sebagai guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) itu seorang yang aktif dalam kerja kebajikan dan politik sejak belajar di universiti lagi.
Katanya, arwah juga mempunyai jiwa besar dengan sering membantu rakan serta komuniti setempat yang memerlukan bantuan dalam urusan harian.
"Fatihah juga anak yang sangat baik, dia tidak pernah kedekut dengan adik-adik, setiap kali dapat gaji, dia akan kirim belanja sekolah adik-adiknya.
"Malam sebelum kejadian, kami ada buat 'video call', dia nampak ceria dan banyak ketawa, tak sangka langsung yang hari ini dia telah tiada. Mungkin Allah mahu beri kenangan itu kepada kami," katanya.
Semua jenazah dibawa pulang ahli keluarga sekitar jam 12 malam sebaik selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Slim River untuk urusan pengebumian pada pagi Sabtu.
Jenazah Fatihah Nabila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan, Kota Kuala Muda; Allahyarham Taibah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, Sungai Petani manakala Nurul Najihah di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, Derga, Alor Setar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 21 2023

Hasnah (kanan) bersama Jamaliah ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River pada Jumaat. - Gambar/ Sinar Harian
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Alor Gajah di sini, tengah malam tadi.

Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.

Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.

Wanita maut kereta bertembung lori tentera di Masjid Tanah
Dalam kejadian awal pagi itu, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori tentera di laluan bertentangan.

Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.

23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad.

Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia antara enam bulan hingga 82 tahun melibatkan tiga wanita dan tiga lelaki.

Sebak anak perempuan, menantu, cucu pergi sekelip mata
Luluh hati seorang ibu selepas mendapat khabar duka anak perempuan, menantu dan tiga cucunya meninggal serentak dalam kemalangan tragis membabitkan dua kenderaan di Pekan.

Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.