PUTRAJAYA:Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (BSKU) telahpun mengeluarkan laporan awal hasil siasatan pelanggaran di udara melibatkan dua helikopter, 9M-HCA dan 9M-HCB, pada 8 Nov di Taman Melawati, Kuala Lumpur, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
"Ini adalah laporan awal dan penyiasatan mengenai kemalanan tersebut masih lagi berjalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini, dan memaklumkan laporan awal itu boleh didapati di laman sesawang Kementerian Pengangkutan.
Berdasarkan kepada sipnosis laporan awal itu, helikopter 9M-HCB yang terhempas di tepi jalan menyebabkan kematian kedua-dua penumpangnya, manakala 9M-HCA walaupun mengalami kerosakan, berjaya melakukan pendaratan cemas di padang sekolah berhampiran dengan kedua-dua penumpangnya tidak mengalami kecederaan.
Laporan itu menyebut, siasatan awal mengesahkan yang satu pelanggaran telah berlaku di udara.
Mengikut laporan itu data ADS-B menunjukkan yang kedua-dua helikopter itu bergerak dari Empangan Batu ke Klang Gates, dan ketika dalam laluan penerbangan itu mereka mengekalkan jarak antara 50 hingga 120 meter setiap masa, namun pada 11.44 pagi atas sebab yang masih tidak diketahui, helikopter itu mula mendekati dan berlanggar beberapa saat kemudian.
Penilaian visual di kawasan terhempas mendedahkan yang 9M-HCB turun pada sudut yang amat curam dan ini disahkan dengan kadar kejatuhannya dan kerosakan terhadap pokok berhampiran dengan titik impak.
Laporan itu menyatakan satu analisis lebih mendalam terhadap data ADS-B masih berterusan, dengan harapan lebih banyak perkara ditemui mengenai mengapa kedua-dua helikopter itu bertembung.
Juruterbang helikopter malang itu, komander (bersara) Mohamed Sabri Baharom, 56, dan penumpangnya ahli perniagaan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 42, meninggal dunia dalam kejadian tersebut.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airline Bhd Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan penumpangnya Tan Chai Eian, 51, terselamat apabila helikopter mereka berjaya melakukan pendaratan cemas di kawasan berhampiran.
Wee berkata, tujuan utama siasatan adalah untuk mengetahui keadaan dan penyebab kemalangan itu dengan sasaran untuk mengelakkan kemalangan seumpamanya berlaku di masa hadapan.
"Siasatan dilakukan bukan untuk mencari kesalahan atau liabiliti", katanya.
Berdasarkan kepada laporan awal, Wee berkata, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan orang awam dan pemain industri penerbangan.
"CAAM pada masa ini melihat kepada latihan tambahan sebagai satu syarat untuk kelab dan operator persendirian. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kecekapan dalam kalangan peminat penerbangan," katanya.
Wee berkata, CAAM akan memulakan kajian semula mengenai peraturan dan prosedur bagi mengenal pasti kekurangan yang ada dan memperbaikinya, bagi memastikan kejadian seumpamanya tidak berulang.
"Langkah ini meletakkan keselamatan semua peminat penerbangan sebagai keutamaan utama, tanpa mengganggu pengembangan perniagaan dan minat terhadap penerbangan awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 14 2020
Laporan itu menyebut, siasatan awal mengesahkan yang satu pelanggaran telah berlaku di udara. -Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Sistem pajakan helikopter lebih telus, elak beban kewangan negara - Anwar
Kaedah itu membolehkan kerajaan membuat penjimatan dari segi keperluan penyelenggaraan dan kerosakan yang menjadi masalah besar ketika ini.
Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol
Misi itu membabitkan penerbangan membawa 1.3 tan kanvas tarpal untuk khemah sementara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.
Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter
Langkah itu wajar memandangkan Kelantan antara negeri yang lazimnya mengalami banjir lebih teruk berbanding negeri lain.
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas di barat laut Iran pada Ahad.
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.