MANJUNG: "Alhamdulillah, emosi anak-anak stabil, perlahan-lahan mereka terima hakikat kehilangan ayah mereka," luah balu Allahyarham Shaharul Amir Omar, 49, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, minggu lalu.
Suhaila Akasah, 47, berkata, empat anaknya termasuk sulung yang menghidap autisme berada dalam keadaan baik dan dilihat dapat menerima pemergian insan tersayang dalam suasana tenang.
"Anak sulung saya bila bawa ke liang lahad ketika kebumi arwah dulu, dia juga mengalirkan air mata tanda faham ayahnya sudah pergi.
"Kehilangan ini mula-mula mungkin sukar, tetapi lama-kelamaan mereka boleh kawal emosi sendiri kerana masing-masing sudah besar dan matang," katanya ketika ditemui sempena penyerahan bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Desa Manjung Raya dekat sini pada Isnin.
Suhaila bersama empat anaknya, Izzat Danish, 19, Imanina Zulaikha, 17, Ismahani Dhaniyah, 15, dan Iyliaa Najwa, 12, selaku waris layak menerima bantuan faedah Perkeso menerusi Skim Bencana Pekerjaan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Waris menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2,000 untuk sekali bayar manakala bayaran Faedah Orang Tanggungan (FOT) kepada balu setiap bulan untuk seumur hidup dan anak-anak sehingga usia 21 tahun.
Penyampaian bantuan tersebut diserahkan Timbalan Pengarah Perkeso Perak, Roslan Pilus dan turut dihadiri Pengurus Perkeso Daerah Manjung, Mohd Shaperi Md Salleh.
Suhaila berkata, bantuan kerajaan menerusi Perkeso itu membuka harapan baharu kepada mereka sekeluarga untuk terus kuat menjalani kehidupan tanpa ketua keluarga.
Dia akui, pernah timbul perasaan sayu dan buntu memikirkan perjalanan masa depan kerana kehilangan sumber pendapatan menanggung keluarga.
"Sejak melahirkan anak pertama, saya sudah tidak bekerja dan menjadi suri rumah uruskan anak-anak. Jadi apabila berada dalam situasi sedih begini, kehilangan orang tersayang dan tiada punca pendapatan, ada ketikanya beri tekanan kepada saya.
"Alhamdulillah, Allah hadirkan bantuan dalam waktu cepat yang tidak dijangka. Bantuan Perkeso ini betul-betul meringankan beban saya dalam keadaan anak-anak yang mungkin mahu sambung belajar," katanya
Dalam pada itu, Roslan berkata, pemprosesan faedah berkenaan dilakukan dengan kadar segera sejurus Skuad Perkeso Prihatin mendapat maklumat mangsa yang terlibat dalam kemalangan pesawat berkenaan.
Katanya, oleh kerana tragedi berkenaan berlaku dalam waktu kerja, maka amaun dibayar adalah 90 peratus daripada gaji Allahyarham.
"Pencen mula dibayar pada 1 September depan dan sekiranya ada kalangan anak arwah disahkan kurang upaya (OKU) dengan bukti perubatan, maka Perkeso akan tanggung sepanjang hayat anak tersebut.
"Anak yang lain, walaupun sudah mencapai usia 21 tahun dan berhasrat untuk menyambung pengajian ijazah pertama, maka pencen akan disambung sehingga habis tempoh pengajian," katanya.
Jenazah Shaharul Amir yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selamat dikebumikan mengikut istiadat pengebumian TLDM di Tanah Persemadian Islam Fasa 3C Seri Manjung pada Ahad.
Nahas pesawat persendirian jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang berlaku pada Khamis lalu telah mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.
Kementerian Sumber Manusia sebelum ini memaklumkan, tujuh daripada 10 keluarga mangsa nahas pesawat terhempas layak menerima pampasan Perkeso iaitu bayaran FPM sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala.
Menterinya, V Sivakumar, berkata, hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789). - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 22 2023
Suhaila menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Desa Manjung Raya dekat sini pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemain Industri mahu terlibat sama dalam penggubalan yang telus
Pemain industri gig di Malaysia mengeesa penangguhan RUU Pekerja Gig untuk memastikan definisi pekerja gig diperhalusi, peraturan yang seimbang, serta proses yang lebih telus dan inklusif.
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
3 maut pesawat berlanggar di Australia
Tiga individu maut selepas dua pesawat ringan berlanggar di udara sebelum terhempas di barat daya Sydney pada Sabtu, lapor Xinhua.
4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya.
Pesawat enjin tunggal terhempas di Indiana, AS, empat terbunuh - Laporan
Pesawat itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Anderson Municipal, tetapi sebaliknya terhempas di ladang jagung.
Pesawat tentera India terhempas di negeri Rajasthan
Pesawat MiG-29 milik Tentera Udara India alami masalah teknikal yang kritikal, memaksa juruterbang melenting keluar dari pesawat.
5 warga China maut dalam nahas pesawat di Thailand
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan selepas pesawat itu terhempas di hutan paya bakau sekitar 3.10 petang waktu tempatan.
Keluarga terima keputusan laporan akhir nahas Elmina
Keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, tahun lepas menerima keputusan laporan akhir tragedi itu yang dikeluarkan hari ini.
Nahas Elmina: Sambungan 'lift dump spoiler' secara tidak sengaja punca utama
Sambungan lift dump spoilers secara tidak sengaja oleh kru penerbangan semasa rutin pemeriksaan sebelum pendaratan menjadi punca.
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.
5 maut selepas pesawat kecil terhempas di Hutan Amazon Brazil
Lima orang maut pada Khamis apabila sebuah pesawat enjin berkembar terhempas di sebuah ladang di bandar Apiacas, Hutan Amazon di negeri Mato Grosso, barat Brazil.
Pesawat domestik terhempas di barat laut Sao Paulo, 62 maut
Sehingga kini tiada sebarang maklumat didedahkan pihak berlkuasa tempatan berhubung punca nahas.