TAPAH:Polis telah mengenal pasti mangsa yang terlibat dalam nahas lapan kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail mengesahkan mangsa yang maut sebagai Beh Xiu Zhung, 5, yang merupakan penumpang SUV Pajero dan Salwati Yaakob, 28, iaitu penumpang hadapan Perodua Myvi.
“Wanita yang maut itu merupakan isteri kepada pemandu Perodua Myvi berkenaan. Mayat kedua-dua mangsa maut telah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
“Kesemua mangsa berusia tujuh hingga 59 tahun itu dibawa mendapatkan rawatan di hospital sama,” kata Wan Azharuddin.
Kemalangan pada Selasa malam itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler dengan muatan kertas hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah kereta Perodua Axia yang dinaiki dua lelaki sebelum melanggar bahagian kiri Honda Accord.
“Treler tersebut turut bergesel dengan treler muatan gula sebelum melanggar Mitsubishi Pajero yang dinaiki empat sekeluarga.
"Impak kuat dari pelanggaran itu menyebabkan Pajero tersebut tersepit antara treler berkenaan dan sebuah lori kurier menyebabkan kanak-kanak berusia lima tahun maut,” katanya.
Menurutnya, hentaman kuat tersebut menyebabkan lori kurier tersebut bergerak lalu melanggar belakang Perodua Myvi yang dinaiki sepasang suami isteri dan rakan mereka.
BACA: 2 maut dalam nahas 8 kenderaan di Tapah
Menurut Wan Azharuddin, susulan kejadian, pemandu treler berusia 41 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemandu berkenaan ditahan untuk menjalani ujian air kencing dan sampel darah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia," kata Wan Azharuddin.
Kemalangan kira-kira jam 10.50 malam pada Selasa di Kilometer 317.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan ini turut melibatkan enam kenderaan lain.
Keseluruhan mangsa yang terlibat ialah 14 orang iaitu sembilan lelaki, tiga perempuan dan dua kanak-kanak.
Aida Aziz
Wed Nov 13 2019
![Nahas 8 kenderaan: Mangsa maut dikenal pasti, treler hilang kawalan dipercayai punca Nahas 8 kenderaan: Mangsa maut dikenal pasti, treler hilang kawalan dipercayai punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/81573593189_TBKemalangan.jpg)
Polis telah mengenal pasti mangsa yang terlibat dalam nahas tujuh kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di sini, malam tadi. -Foto JBPM
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Kemalangan maut 7 kenderaan: Treler terbabas ke laluan bertentangan ada rekod saman lampau Kemalangan maut 7 kenderaan: Treler terbabas ke laluan bertentangan ada rekod saman lampau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706945250_TBKemalanganmautT.jpg)
Kemalangan maut 7 kenderaan: Treler terbabas ke laluan bertentangan ada rekod saman lampau
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
![Nahas 11 kenderaan di Lebuhraya KL-Karak, trafik sesak menghala ke Pantai Timur Nahas 11 kenderaan di Lebuhraya KL-Karak, trafik sesak menghala ke Pantai Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643430101_LebuhrayaKarakKem.jpg)
Nahas 11 kenderaan di Lebuhraya KL-Karak, trafik sesak menghala ke Pantai Timur
Kejadian di KM4, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KRK) arah timur menyebabkan kesesakan hampir dua jam dari Gombak ketika ini.
![Nahas 8 kenderaan: Mangsa maut dikenal pasti, treler hilang kawalan dipercayai punca Nahas 8 kenderaan: Mangsa maut dikenal pasti, treler hilang kawalan dipercayai punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/81573593189_TBKemalangan.jpg)
Nahas 8 kenderaan: Mangsa maut dikenal pasti, treler hilang kawalan dipercayai punca
Kemalangan pada Selasa malam itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler dengan muatan kertas hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah kereta Perodua Axia.