Nahas membabitkan empat kereta, sebuah lori tiga tan dan dua treler - salah satu daripadanya terbakar sepenuhnya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 pagi dan tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian.
"Anggota dari pasukan Bomba dan Penyelamat Bentong berusaha menyelamatkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.
"Tiga mangsa lelaki dewasa disahkan Kementerian Kesihatan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Lima lagi (tiga lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa) dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah manakala lima lagi (tiga lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa) selamat," katanya.
Bernama melaporkan, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Ridzuan Zulkafly, 40 tahun, Muhamad Zaimi Shariff, 39 tahun, dan Muhammad Azizul Fitrie Md Zairi, 23 tahun.
Kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 5.42 pagi dan operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.50 pagi.
Punca kemalangan sedang disiasat.
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.