Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini mempertahankan tindakannya mengumumkan peruntukkan RM3 juta bagi projek naik taraf tiga jeti nelayan di Parlimen Tanjung Piai, walaupun dikecam blok pembangkang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menegaskan sebagai menteri beliau berhak membuat sebarang pengumuman berdasarkan peruntukan diberikan kerajaan kepada kementeriannya, asalkan ia dapat membantu dan menggembirakan rakyat.
“Kalau nelayan jatuh jeti runtuh macam mana. Peruntukan sudah sampai maka saya kena umumkan. Takkanlah hendak tunggu, saya tidak alergi atau takut hendak umumkan peruntukan bila berlakunya pilihan raya.
“Tugas menteri sentiasa mengumumkan peruntukan dan perolehan yang terjamin, polisi kepada rakyat dan saya akan lakukan sepanjang masa. Saya tak tunggu waktu tertentu,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
BACA: PRK Tanjung Piai: Pembangkang selar kerajaan tabur 'gula-gula'
Tambahnya, beliau yang sering ke Tanjung Piai turut dihujani dengan keluh kesah rakyat yang turut menjadi perhatian penyandang kerusi itu, Dr Md Farid Md Rafik.
“Saya dilahirkan di Tanjung Piai, itu adalah kampung saya. Setiap minggu selepas balik dari Pulai, saya akan tidur di rumah saya. Setiap pagi kadang-kadang rakyat jumpa saya nyatakan isu dan masalah mereka.
“Saya cuba penuhi, antaranya melibatkan jeti nelayan uzur dan masih tidak dibangunkan. Saya akan lakukan sepanjang masa (umumkan peruntukan), saya tidak tunggu waktu tertentu,” katanya.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat setakat ini sudah mengumumkan projek bernilai RM7.3 juta dalam masa kurang seminggu menjelang PRK Tanjung Piai, pada bulan depan.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 21 2019


Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Nazir Razak tiada hasrat ceburi politik
Nazir berhasrat untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan sistem negara menyaksikan perubahan.

Malaysia Baharu: Struktur semula sistem demokrasi, institusi, sosioekonomi - Nazir
Malaysia masih mengguna pakai sistem yang sama sejak 1970-an, yang sebenarnya perlu penambahbaikan selepas 20 tahun.

'Fitnah murahan!' - Salahuddin Ayub nafi akan sertai Bersatu
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai menyifatkan dakwaan tersebut yang dibuat menerusi satu laporan portal sebagai tindakan terdesak pihak yang tertekan dengan perkembangan terkini politik tanah air.

PH Perak kutuk tindakan Faizal Azumu jatuhkan kerajaan terdahulu
Pakatan Harapan (PH) Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjatuhkan kerajaan terdahulu.

Bursa Malaysia jatuh ke paras bawah 1,500 perlu diberi perhatian serius
Kejatuhan pasaran Bursa Malaysia ke paras bawah 1,500 pada Isnin akibat pergolakan politik tempatan perlu diberi perhatian yang serius.

Tun Mahathir letak jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu
Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Spekulasi Azmin Ali sertai Gerakan timbul sekali lagi
Terbaharu, Presiden Gerakan, Dominic Lau berkata parti tersebut akan membincangkan kemungkinan bagi Mohamed Azmin dan kemnya untuk menyertai parti berkenaan.

Empat pemimpin utama PH bersemuka
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masuk ke kawasan kediaman ini sekitar jam 10.45 pagi.

Majlis Presiden PH dijangka putuskan tarikh peralihan kuasa?
Mesyuarat yang dihadiri pimpinan dari empat parti utama PH itu akan diadakan selama dua jam.

'Kalau anda hidap COVID-19, rawatan kesihatan Malaysia terbaik' - KPN kepada Jho Low
Risikan polis mendapati ahli perniagaan yang berkait dengan skandal 1MDB itu agak aktif di Wuhan, dan mempunyai risiko untuk dijangkiti COVID-19