JITRA: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menolak kemungkinan industri padi negara dibayangi kartel seperti yang berlaku dalam industri ternakan ayam dan daging.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, purata hasil padi yang tidak mencapai sasaran tujuh tan metrik per hektar adalah disebabkan sistem pengurusan yang kurang efisyen, bukannya disebabkan wujudnya kartel yang mengawal industri padi.
Menurutnya, ia dibuktikan dengan kejayaan konsep SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang menyediakan pengurusan lebih cekap dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti seterusnya hasil pengeluaran padi dan beras negara.
“Saya rasa tak ada kartel padi, belum lagi dengar ada yang kawal industri ini seperti kartel ayam. Dalam sektor pertanian tak ada, sistem pengurusan yang perlu diperbetulkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Asun kali ke-46 di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengatakan kemungkinan wujudnya kartel dalam industri padi berikutan masih gagal mencapai sasaran tujuh tan metrik per hektar.
Pada Mei lalu, Muhammad Sanusi berkata, ia berikutan model penanaman padi yang diusahakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mampu mencapai hasil 7.8 tan metrik sehektar, berbanding purata hasil padi sedia ada sebanyak enam tan metrik sehektar.
Menurut beliau, perbezaan hasil padi tersebut mencurigakan kerana kedua-duanya menggunakan sumber, benih dan pengairan yang sama.
Dalam pada itu, Zamri tegaskan, kerajaan menggalakkan pesawah menyertai Smart SBB kerana ia mampu memperoleh hasil lebih tinggi sehingga 9 tan metrik sehektar seperti yang dibangunkan di Kampung Nam Dam, Kubur Panjang, Pendang pada tahun lalu.
“Inilah yang kita harapkan agar pesawah sertai Smart SBB dengan kerjasama syarikat swasta untuk wujudkan sistem sawah secara besar-besaran dengan teknik penanaman padi lebih sistematik.
“Projek perintis di Kampung Nam Dam adalah dengan kerjasama syarikat subsidiari Nafas, iaitu Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd yang bekalkan baja berformulasi khas dan Petronas Chemicals Group Berhad membekalkan baja Agrenas DTU atau urea biru yang mempunyai kadar penyerapan lebih efisien. Ia turut libatkan penyertaan pihak swasta,” ujarnya.
Menurutnya lagi, model perintis di Kampung Nam Dam akan diperluaskan ke kawasan lain termasuk negeri lain dengan kerjasama PPK.
“Kita telah buktikan mampu cecah 9 tan metrik/hektar, kerana kita menggunakan sistem pembajaan yang betul dan sebagainya, jadi kita boleh mengeluarkan hasil tinggi. Sekiranya pesawah boleh mengikut apa yang kita lakukan dan patuh arahan diberikan, ia boleh dicapai.
“Sebab itu kerajaan galakkan perluaskan Smart SBB ini dengan penglibatan swasta. Apabila dibuat secara individu, kadang baja tak mengikut jadual, itu yang menyebabkan hasil kita rendah,” katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 20 2022
Zamri (kanan) menyerahkan sumbangan Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pengerusi PPK Asun, Ariffin Ahmad pada Rabu. - Foto Sinar Harian
#Ringkas 5 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Februari 2025
1️⃣ Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain
2️⃣ AGC fail notis, rayu ke Mahkamah Persekutuan
3️⃣ Projek LPT 3 belum dimuktamadkan
#awaniringkas
1️⃣ Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain
2️⃣ AGC fail notis, rayu ke Mahkamah Persekutuan
3️⃣ Projek LPT 3 belum dimuktamadkan
#awaniringkas
Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI
Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25, menampilkan model Galaxy S25 Ultra, Galaxy S25, dan Galaxy S25, yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Op Ladang: AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki
Seorang bekas pengurus besar NAFAS dijangka dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.
NAFAS nafi jadi kartel baja, dapat kontrak secara rundingan terus
NAFAS menerima kontrak bekalan baja itu secara rundingan terus bagi pembekalan dan penghantaran baja kepada petani atau pesawah.
42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu
KPKM mengenal pasti 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.
Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini
Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung berkuat kuasa hari ini, bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.
NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata walaupun jumlah berkenaan tidak besar, ia dilihat dapat membantu pengusaha kecil-kecilan yang terlibat dalam sektor itu.
Nafas tolak dakwaan industri padi negara dibayangi kartel
Purata hasil padi yang tidak mencapai sasaran adalah disebabkan sistem pengurusan yang kurang efisyen, bukannya kartel.
Sawah kering: MOA akan segera bantu - Salahuddin
Bantuan yang diberikan termasuk menyelaras kerja-kerja pengairan di Perlis bersama Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).
Dunia baharu Nafas, promosi TMM 2020 meriahkan Dewan Rakyat
Turut menarik perhatian, Hassan Abdul Karim ingin tahu sejauh mana kemajuan yang dicapai Bank Negara Malaysia untuk membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik.
Isu Nafas: Bukan serangan politik - Mohamad Sabu
Perlu dilihat dari sudut yang lebih positif iaitu usaha beliau membantu golongan peladang di negara ini.