PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan segera menggerakkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi mencari penyelesaian masalah kos sara hidup yang membelenggu rakyat.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata selaku urus setia NACCOL beliau akan segera mengadakan mesyuarat dengan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian berkenaan Datuk Azman Mohd Yusof bagi membincangkan perkara itu.
"(Mesyuarat ini) ini untuk saya bentangkan kepada YAB Perdana Menteri langkah penyelesaian terhadap beberapa isu yang dibentangkan semasa mesyuarat antara Ketua Setiausaha Negara dan KSU-KSU bersama YAB Perdana Menteri pada 27 November yang lalu.
"Urusan tidak seperti biasa," kata Salahuddin pada sidang media pertamanya di kementerian itu selepas majlis majlis serah nota tugas oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kepada beliau di sini hari ini.
Pada mesyuarat 27 November lalu, Anwar mengarahkan NACCOL untuk mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.
Sementara itu, Salahuddin berkata penukaran nama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kepada nama kementerian sekarang memberi petunjuk jelas keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah mengurangkan tekanan sara hidup rakyat.
Salahuddin berkata beliau akan memberi komitmen untuk menggembleng seluruh sumber kepakaran yang ada bagi memenuhi harapan seluruh rakyat Malaysia yang mahukan penyelesaian kepada kenaikan harga barang dan kekurangan bekalan makanan di pasaran selaras gagasan besar Perdana Menteri.
Katanya kementerian itu akan menjalin kerjasama strategik dengan kementerian lain, terutamanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang bertanggungjawab dalam pengeluaran makanan bagi mengoptimumkan pengeluaran dan meminimumkan kos pengeluaran.
Mengenai kekurangan bekalan telur ayam di pasaran yang meresahkan masyarakat, Salahuddin yakin penglibatan agensi kerajaan dan pemain industri berupaya mencipta inovasi baharu bagi menyelesaikan perkara itu.
"Antara penyelesaian yang sedang saya teliti ialah (berkaitan) harga dan tempoh kawalannya, subsidi dan kaedah serta kecepatan penyalurannya, pengeksportan hasil pengeluaran negara dan kos produksi seperti harga input ternakan haiwan," katanya.
Saya akan kerap bersama rakyat untuk mendapatkan maklumat secara langsung dan mengadakan libat urus dengan pemain industri dalam menentukan dasar dan pelan tindakan yang efektif agar penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022
Salahuddin berkata penukaran nama daripada KPDNHEP kepada nama kementerian sekarang memberi petunjuk jelas bahawa keutamaan Perdana Menteri ialah mengurangkan tekanan sara hidup rakyat. - Bernama
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.