PUTRAJAYA: Perubahan harga harian barangan keperluan terpilih kini boleh dipantau melalui MyPrice Dashboard.
Dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kolaborasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) MyPrice Dashboard boleh dicapai melalui pautan https://tinyurl.com/MyPriceDOSM, mempamerkan harga barangan harian mulai 7 Dis.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata MyPrice Dashboard mempunyai empat kategori utama barangan keperluan terpilih iaitu ayam, daging dan telur; sayur-sayuran; ikan dan makanan laut serta buah-buahan.
Harga yang dipaparkan di MyPrice Dashboard adalah berdasarkan kepada tiga sumber iaitu harga yang diperoleh daripada pemantauan KPDNHEP, data perangkak dan pungutan harga oleh anggota DOSM di outlet terpilih.
"MyPrice Dashboard akan dikemas kini secara berkala untuk manfaat rakyat dan juga kerajaan khususnya dalam memantau perubahan harga," katanya.
Di peringkat permulaan, MyPrice Dashboard mempunyai 36 barang keperluan terpilih termasuk 12 barangan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dan buat masa ini, MyPrice Dashboard meliputi 137 outlet seluruh Malaysia.
Mohd Uzir berkata pemilihan 36 item tersebut adalah berdasarkan kepada item yang paling banyak digunakan dan menjadi pilihan kebanyakan isi rumah di Malaysia.
"MyPrice Dashboard bertujuan membekalkan harga harian bagi barang keperluan tersebut kepada pelbagai pihak serta membolehkan kerajaan memantau dan menganalisis trend perubahan harga yang berlaku," katanya sambil menambah ia juga akan membantu isi rumah dalam mendapatkan maklumat yang lebih baik mengenai harga daripada sumber yang dipercayai.
Berkongsi contoh trend harga, Mohd Uzir berkata trend harga satu kilogram ikan kembong di Pasar Selayang Baru, Selangor menurun kepada RM20 pada 26 Dis berbanding RM24 pada 7 Dis manakala harga ikan yang sama di Pasar Basah Presint 8, Putrajaya adalah konsisten pada RM20 sekilogram sejak 7 Dis.
Mengenai kesan harga barangan berikutan banjir baru-baru ini di beberapa negeri, beliau berkata ia tidak memberi impak yang besar kepada paras harga keseluruhan.
"Namun dijangkakan terdapat kecenderungan untuk berlaku kenaikan bagi barang-barang yang mengalami peningkatan permintaan yang mendadak seperti peralatan rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
MyPrice Dashboard mempunyai empat kategori utama barangan keperluan terpilih iaitu ayam, daging dan telur; sayur-sayuran; ikan dan makanan laut serta buah-buahan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.
Titah Adendum: Menteri-menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
ASEAN-Malaysia 2025 [6/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
[TERKINI] Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Ikuti secara langsung sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
'MyPrice Dashboard' pantau harga barangan keperluan terpilih
Perubahan harga harian barangan keperluan terpilih kini boleh dipantau melalui MyPrice Dashboard.