KLANG: Seramai 16,865 pencari kerja berjaya mendapatkan pekerjaan melalui karnival kerjaya dan portal MYFutureJobs yang berlangsung di seluruh negara setakat 28 April tahun ini.
Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat menjelang akhir tahun.
Katanya berdasarkan rekod tahun lepas, seramai 295,044 pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan melalui perkhidmatan sama.
Mengenai Karnival Kerjaya MyFutureJobs Selangor yang berlangsung hari ini dan esok di Dewan Hamzah, di sini, beliau berkata lebih 7,000 peluang pekerjaan menanti pencari kerja.
"Karnival dua hari yang mendapat kerjasama kerajaan Selangor menyaksikan penglibatan 38 majikan daripada pelbagai sektor antaranya kewangan, pembuatan, perhotelan dan peruncitan," katanya kepada pemberita selepas program tersebut.
Terdahulu, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar melancarkan karnival tersebut yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja V. Ganabatirau dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) pula, beliau berkata terdapat seramai 175,999 pencarum aktif sejak skim itu dilancarkan dua tahun lepas dengan caruman hanya RM120 setahun.
"Saya menggalakkan orang ramai untuk mencarum kerana hanya RM10 sebulan sahaja, jumlah itu sangat minimum. Kita sangat berharap lebih ramai orang akan mencarum yang akan memberikan pelbagai manfaat kepada suri rumah pada masa akan depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Karnival dua hari yang mendapat kerjasama kerajaan Selangor menyaksikan penglibatan 38 majikan daripada pelbagai sektor antaranya kewangan, pembuatan, perhotelan dan peruncitan. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Program Madani Rakyat Zon Utara: Lebih 3,700 resume diterima pada Karnival Kerjaya
Karnival Kerjaya sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara menerima sambutan menggalakkan sepanjang tiga hari ia berlangsung sejak Jumaat.
Lebih dua juta pencari kerja berdaftar dengan MYFutureJobs - Sim
Daripada jumlah itu, 46,000 merupakan pencari kerja dalam kalangan golongan OKU dan 106,000 lepasan TVET.
Remaja lelaki dikurung, diliwat selepas diumpan bantuan kerja
Menurut sumber, pada awalnya mangsa yang berusia 18 tahun itu ditawarkan bantuan mencari pekerjaan oleh seorang lelaki pada Julai lalu.
MYFutureJobs: 16,865 individu dapat kerja setakat April
Seramai 16,865 pencari kerja berjaya mendapatkan pekerjaan melalui karnival kerjaya dan portal MYFutureJobs yang berlangsung di seluruh negara setakat 28 April tahun ini.
JobStreet Malaysia beri amaran tentang penipuan pekerjaan
Pencari kerja dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan cuba mengesan perbezaan antara penipuan pekerjaan dan iklan yang sah.
Bantuan RM500 dan RM1,000 buat pencari kerja di luar negeri bermastautin
Bantuan RM1,000 diberikan kepada pencari kerja yang berhijrah dari Sabah, Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.
Kekosongan jawatan di Johor melebihi pencari kerja
Terdapat 51,944 kekosongan jawatan di Johor ketika ini yang melebihi jumlah pencari kerja sebanyak 34,278 orang, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Sindiket latih golongan pencari kerja jadi scammer dikesan di Johor
Polis Johor kesan aktiviti itu hasil laporan yang dibuat mangsa yang hadir pada sesi temuduga dikendalikan sindiket berkenaan.
Pencari kerja jangan putus asa pohon pekerjaan
Pencari kerja dinasihatkan agar tidak berputus asa dalam memohon sesuatu pekerjaan sehingga mereka berjaya ditempatkan dalam pasaran kerja.
Perak beri keutamaan atasi isu pengangguran
PASAK akan menganjurkan jelajah kerjaya di 12 daerah di Perak bagi memberi peluang pekerjaan berpotensi terus kepada pencari kerja.