JOHOR BAHRU: Terdapat 51,944 kekosongan jawatan di Johor ketika ini yang melebihi jumlah pencari kerja sebanyak 34,278 orang, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Selain meminta rakyat negeri ini memanfaatkan peluang pekerjaan yang ada terutama dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri juga sedang meneliti kemungkinan terdapat banyak isu ketidakpadanan dalam permintaan pekerjaan.
"Oleh itu, kerajaan negeri sedang meneliti isu ini dan akan melibatkan kesemua pihak berkepentingan dalam satu sesi libat urus untuk mendapatkan penyelesaiannya," katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau memaklumkan menemui Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed dan berbincang mengenai kebajikan pekerja dan peluang pekerjaan di Johor.
Onn Hafiz berkata terdapat juga cadangan supaya pusat-pusat khidmat di negeri ini dijadikan pusat satelit Perkeso yang akan menjadi tempat sehenti bagi majikan melakukan temu duga dan suai kenal dengan tenaga kerja yang berpotensi.
Dalam pada itu, beliau berkata 34,806 individu yang bekerja sendiri telah berdaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) termasuk daripada sektor perkhidmatan sokongan, pengangkutan penumpang dan pengangkutan barang serta makanan.
Onn Hafiz juga mengalu-alukan kerjasama Perkeso dalam menyalurkan maklumat mengenai program dan bantuan yang diadakan bagi membantu rakyat negeri itu termasuk 278,000 suri rumah.
Menurutnya golongan suri rumah menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan masyarakat dan layak dilindungi di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.
"Ini mampu memberikan implikasi positif terhadap kadar pengangguran, meningkatkan kadar perkhidmatan dan tenaga buruh serta memastikan perlindungan keselamatan sosial pekerja yang menyeluruh kepada rakyat Johor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022

Onn Hafiz berkata kerajaan negeri juga sedang meneliti kemungkinan terdapat banyak isu ketidakpadanan dalam permintaan pekerjaan. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.

PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya
Seramai 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.