Jualan pasar raya besar tidak boleh dilihat sebagai satu-satunya penanda aras bagi prestasi jualan runcit dan seterusnya memaparkan keadaan ekonomi Malaysia serta rakyatnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Beliau turut mempertahankan kenyataannya itu dengan data Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan bahagian jualan pasar raya besar hanyalah sebanyak 8.0 peratus.
Kenyataannya itu sebagai menyangkal dakwaan Pengarah Urusan rangkaian pasaraya dan emporium Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bahawa rakyat negara ini tidak mempunyai wang mencukupi bagi perbelanjaan barangan keperluan biarpun Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
"Perdagangan runcit di Malaysia telah mencatat pertumbuhan kukuh baik dari segi nilai mahu pun jumlahnya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Dari segi nilai, perdagangan runcit merekodkan pertumbuhan dua angka untuk tiga suku berturut-turut pada 2017 manakala dari segi jumlah, ia meningkat masing-masing kepada 7.8 peratus, 11.5 peratus dan 10.4 peratus bagi suku pertama, kedua dan ketiga 2017.
Abdul Rahman berkata, perdagangan runcit bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 meningkat kepada RM410.5 bilion berbanding RM367.7 bilion pada tempoh sama pada 2016 iaitu peningkatan sebanyak 11.6 peratus.
Bilangan premis atau kedai tanpa sebarang pengkhususan termasuk pasar raya besar juga meningkat daripada 66,920 (2016) kepada 73,848 pada 2017.
"Ini sahaja mungkin menjadi antara sebab mengapa ada pasar raya besar ini mengalami jualan lebih perlahan kerana pengguna kini mempunyai banyak pilihan untuk berbelanja," katanya.
Abdul Rahman berkata, berdasarkan Bancian Ekonomi 2016 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan, transaksi e-Dagang merangkumi perniagaan kepada pengguna adalah bernilai RM73.7 bilion dan angka itu terus meningkat setiap tahun.
"Semakin ramai orang membeli produk, termasuk barangan keperluan asas mengikut keselesaan sendiri berikutan kemudahan berbelanja menerusi internet," katanya.
Kebanyakan pasar raya besar di Malaysia sudah mula menawarkan pembelian barang runcit dan penghantaran melalui atas talian kepada pelanggan mereka. Mereka yang tidak meneroka trend ini akan kehilangan potensi perolehan yang datang dari kaedah beli-belah yang semakin berkembang ini
Beliau juga memetik angka industri pelancongan tempatan sebagai bukti bahawa rakyat Malaysia mempunyai wang untuk berbelanja.
Sebagai contoh, perbelanjaan dalam kalangan pelancong tempatan meningkat 10.2 peratus pada tahun 2016 kepada RM74.8 bilion berbanding RM67.7 bilion pada tahun 2015 dan menambah, aktiviti beli-belah adalah komponen terbesar perbelanjaan pelancong tempatan dengan sumbangan sebanyak 35.3 peratus.
Pelancong Malaysia membelanjakan RM33.5 bilion di luar negara pada tahun 2016, peningkatan sebanyak RM31.3 bilion pada tahun 2015, walaupun ringgit mengalami penyusutan pada tempoh berkenaan.
"Kesemua angka ini bersamaan dengan peningkatan median pendapatan bulanan isi rumah sebanyak 6.2 peratus setahun daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,228 pada tahun 2016 dan purata bulanan perbelanjaan isi rumah melonjak sebanyak 5.9 peratus setahun daripada RM3,578 pada tahun 2014 kepada RM4,033 pada tahun 2016 seperti dilaporkan dalam Kajian Pendapatan dan Perbelanjaan Keluarga oleh Jabatan Perangkaan Malaysia," katanya.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh jelas memberi manfaat kepada rakyat dalam bentuk peningkatan pendapatan dan kuasa beli yang menggalakkan penggunaan swasta.
Malah, penggunaan swasta terus menjadi penyumbang kepada ekonomi Malaysia iaitu sebanyak 53.2 peratus atau RM589.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Prestasi ekonomi dan keadaan negara serta rakyatnya tidak boleh diukur melalui hanya satu sub-sektor seperti industri pasar raya besar sahaja.
"Walaupun KDNK mempunyai batasannya dan mungkin bukan petunjuk tepat terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat, ia seolah berkait rapat dengan ukuran kualitatif yang lebih besar terhadap kemakmuran. "Apabila KDNK berkembang, lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, pendapatan isi rumah meningkat dan rakyat mempunyai lebih banyak wang untuk berbelanja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2018

Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahagian jualan pasar raya besar hanyalah sebanyak 8.0 peratus. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.

Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.

PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.

Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.

PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.

'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.

PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).