JOHOR BAHRU: Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyalurkan bantuan kecemasan berjumlah RM3.6 juta kepada penduduk Palestin di Gaza sejak tercetus konflik antara Hamas dan Israel 7 Okt lepas.
Pengurus MyCARE Johor Rozi Abdul Ghani berkata, bantuan yang diberikan meliputi empat fasa dengan pelbagai barangan keperluan termasuk pakaian, makanan dan perubatan disalurkan.
Beliau berkata, daripada jumlah yang telah disalurkan, lebih RM700,000 adalah menerusi Tabung Palestin MyCARE Johor.
"Bantuan dan sumbangan ini akan dilakukan secara berterusan sehingga Palestin pulih kerana kemusnahan di Gaza sangat teruk.
Bantuan fasa kelima akan cuba disalurkan dalam bulan ini namun bergantung kepada keadaan semasa di Gaza," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jualan Amal Gaza anjuran Kelab Media Johor (KMJ), Econsave dan MyCARE di Econsave Taman Teratai, di sini hari ini.
Sementara itu, Mas Imran berkata Econsave menyasarkan kutipan RM500,000 menerusi Tabung Kecemasan Palestin dengan kerjasama MyCARE Johor yang dilancarkan pada 14 Okt lepas, sehingga akhir bulan ini.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak RM200,000 telah terkumpul hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi tabung itu di 94 buah cawangan Econsave seluruh negara.
"Selain kutipan menerusi tabung tersebut, pihak Econsave sendiri akan menyumbang RM100,000 kepada rakyat Palestin, antaranya dalam bentuk barangan, makanan kering, air mineral dan lampin yang akan dibawa masuk dari sempadan Rafah," katanya.
Terdahulu, Mohamad Fauzi berkata KMJ menyumbang sebanyak RM5,000 dan bercadang menjadikan Program Jualan Amal Gaza sebagai acara tahunan.
Beliau yang juga Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia turut berhasrat untuk menjayakan program itu di peringkat nasional bagi membantu mangsa peperangan di Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2023
![MyCARE salur RM3.6 juta kepada penduduk Palestin di Gaza MyCARE salur RM3.6 juta kepada penduduk Palestin di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701515039_ProgramJualanAmal.jpg)
Penyerahan replika cek kepada Pengurus MyCRE Johor Rozi Abdul Ghani (tiga, kiri) pada Program Jualan Amal Gaza Car Boot Sale bersama Econsave dan MyCARE 2023 di Pasaraya Econsave Taman Teratai, Skudai hari ini. - Bernama
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![MyCare kutip RM1 juta untuk Palestin MyCare kutip RM1 juta untuk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697444002_GAZA.jpg)
MyCare kutip RM1 juta untuk Palestin
MyCare berjaya mengumpul sumbangan RM1 juta untuk disalurkan dalam bentuk kewangan, perubatan dan makanan kepada rakyat Palestin.
!['Doa dan solidariti, bantu kami sebar kebenaran', rayu penduduk Palestin 'Doa dan solidariti, bantu kami sebar kebenaran', rayu penduduk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605174965_950x600.jpg)
'Doa dan solidariti, bantu kami sebar kebenaran', rayu penduduk Palestin
Ziad menggesa umat Islam bersatu dalam menyebarkan kepada dunia situasi sebenar yang sedang dihadapi rakyat Palestin.
![MyCare sasar sumbangan RM3.5 juta untuk komuniti Islam kurang bernasib baik MyCare sasar sumbangan RM3.5 juta untuk komuniti Islam kurang bernasib baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557074016_mycare.jpg)
MyCare sasar sumbangan RM3.5 juta untuk komuniti Islam kurang bernasib baik
Kempen MyRamadan turut memperuntukkan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia seperti ibu bapa tunggal, anak yatim dan OKU.
![MyCare mahu PBB, pihak antarabangsa desak pembebasan 22 aktivis kapal Al-Awda MyCare mahu PBB, pihak antarabangsa desak pembebasan 22 aktivis kapal Al-Awda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41532924047_mycare.jpg)
MyCare mahu PBB, pihak antarabangsa desak pembebasan 22 aktivis kapal Al-Awda
Tindakan merampas kapal Al-Awda dan membawa anak kapalnya masuk ke Israel secara paksa adalah satu rompakan dan penculikan.
![Nak hantar bantuan bagaimana? Misi bantuan kemanusiaan disekat Bashar Nak hantar bantuan bagaimana? Misi bantuan kemanusiaan disekat Bashar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51519096470_Syriawar.jpg)
"Nak hantar bantuan bagaimana? Misi bantuan kemanusiaan disekat Bashar"
Itu antara luahan dan pendedahan yang dikongsikan Naib Presiden Syria Care, Ustaz Rizal Ali ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu mengenai nasib-nasib penduduk bumi Ghouta.
![Women's Boat to Gaza menghampiri perairan Gaza Women's Boat to Gaza menghampiri perairan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71475646317_WomensBoatToGaza.jpg)
Women's Boat to Gaza menghampiri perairan Gaza
Dr Fauziah Mohd Hasan bersama 12 aktivis kemanusiaan lain dijangka memasuki perairan Gaza, Palestin kira-kira 11 pagi esok waktu Malaysia.