KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan menggunakan senarai penerima B40 yang disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengenal pasti penerima tersebut layak untuk menerima manfaat kempen MyBAIKHATI di bawah Program Strategik Rakyat dan Ekonomi, PEMERKASA.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia bagi memastikan program tersebut dapat dilakukan dengan teliti bagi memastikan bantuan berkenaan mencapai golongan sasar.
“Saya tidak risau sangat soal pelaksanaan crowdsourcing untuk peranti berkenaan kerana senarai yang akan digunakan adalah senarai yang disediakan LHDN.
“Jadi memang apabila peranti tersebut sudah diperbaiki itu hendak diagihkan, saya yakin kami dapat melaksanakannya dengan teliti kerana senarai B40, kami ambil berdasarkan senarai LHDN,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Jelajah Malaysia Prihatin di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul di ibu negara pada Ahad.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, SKMM akan memperkenalkan program MyBaikHati dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif crowdsourcing peranti terpakai dan kemudiannya diagihkan untuk kegunaan ramai.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata beliau masih menunggu panggilan untuk menerima suntikan vaksin Sinovac.
Beliau juga meluahkan hasrat untuk mengambil suntikan vaksin bersama-sama kumpulan pengamal media, susulan mengambil kira risiko jangkitan COVID-19 terhadap golongan tersebut yang berada di lapangan dan bertemu dengan orang ramia.
“Saya minta supaya wartawan dan krew semua dimasukkan dalam petugas barisan hadapan.
“Saya dimaklumkan saudara Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba, mereka berusaha untuk mendahulukan wartawan tetapi bukan sama macam petugas barisan hadapan yang lain.
“Saya sepatutnya sudah menerima vaksin tersebut, tetapi saya meminta untuk suntikan vaksin Sinovac dan bersama-sama wartawan. Oleh itu saya tunggu sahaja,” katanya.
Isabelle Leong
Sun Mar 21 2021
SAIFUDDIN: Saya tidak risau sangat soal pelaksanaan 'crowdsourcing' untuk peranti berkenaan kerana senarai yang akan digunakan adalah senarai yang disediakan LHDN. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
MyBAIKHATI: Senarai penerima B40 disediakan LHDN - Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia bagi memastikan program tersebut dapat dilakukan dengan teliti bagi memastikan bantuan berkenaan mencapai golongan sasar.
PEMERKASA: Bantuan kredit telekomunikasi kepada isi rumah anak bersekolah dinaikkan - PM Muhyiddin
Bantuan kredit telekomunikasi menerusi subsidi program jaringan PRIHATIN untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah akan ditambah kepada RM300 bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.