SHAH ALAM: Peniaga-peniaga di gerai makan sekitar bandar raya ini berdepan kesulitan untuk menurunkan harga makanan susulan terpaksa menanggung kos-kos lain termasuk bekalan bahan mentah.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kebanyakan peniaga di gerai makan mengakui terpaksa menaikkan harga makanan sebanyak 40 peratus berbanding sebelum ini.
Pemilik gerai makanan, Mohd Khairul Anwar, 38, berkata, kos-kos lain seperti bayaran pekerja, bil air dan elektrik, minyak masak, sayur-sayuran, telur, ikan serta daging yang sering turun naik menjadi antara faktor menyebabkan mereka menaikkan harga makanan.
“Kalau mahu turunkan harga makanan, memang mustahil sebab harga barang-barang sekarang semua naik tinggi.
"Harga murah memang tak dapat sekarang. Contohnya ikan, harganya tidak menentu. Sekejap naik, sekejap turun.
“Begitu juga harga lada kering. Sehingga saya terpaksa pergi banyak tempat (pembekal) kerana hendak membandingkan harga untuk menjimatkan kos," katanya ketika ditemui Sinar Harian di gerainya di Seksyen 2 di sini pada Selasa.
Mohd Khairul sehubungan itu berharap kerajaan dapat menstabilkan harga bekalan bahan-bahan mentah yang ditanggung peniaga ketika ini.
“Peniaga lain menaikkan harga, kita pun terpaksa naikkan harga sebab tidak boleh berbuat apa-apa. Jangan kata untung besar, untung sedikit pun kita susah nak dapat sekarang,” ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023
Mohd Khairul Anwar berkata, kos-kos lain seperti bayaran pekerja, bil air dan elektrik, minyak masak, sayur-sayuran, telur, ikan serta daging yang sering turun naik menjadi antara faktor menyebabkan mereka menaikkan harga makanan. -Foto Sinar Harian
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
Malaysia perlu perkukuh keselamatan ASEAN
Malaysia dijangka mengambil pendekatan lebih tegas terhadap isu keselamatan ASEAN pada tahun 2025 Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Mohamed Redza Zakaria.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
[TERKINI] Ramalan cuaca: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 10 hingga 12 Sept lepas.
Peniaga rugi hampir setengah juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang peniaga mengalami kerugian hampir setengah juta selepas terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah ditutup bercampur-campur pada Selasa, berikutan sentimen pasaran terjejas oleh harga minyak mentah yang merosot.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pembinaan 7,243 MyKiosk dalam tempoh dua tahun ubah nasib lebih 7,000 keluarga - Nga
Inisiatif MyKiosk itu telah membantu 7,243 keluarga meningkatkan pendapatan serta memperkasakan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.