KUALA LUMPUR: Musim ibadah haji tahun 1443 Hijrah telah bermula secara rasmi semalam selepas dua tahun dihentikan akibat penularan COVID-19, menyaksikan ratusan ribu jemaah haji mula melakukan "Tawaf Qudum" mengelilingi Kaabah sebelum ke Mina.
Segala persiapan telah dijalankan pelbagai pihak untuk menyambut ketibaan jemaah haji di Mina sejak semalam mengikut sistem operasi keselamatan yang ditetapkan Arab Saudi demi memberi perkhidmatan terbaik bagi tetamu Allah SWT.
Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), Kementerian Haji dan Umrah telah membuat perancangan operasi bagi musim haji tahun ini sejak tahun lalu dan bekerjasama dengan pelbagai sektor dalam menyediakan perkhidmatan bagi jemaah, antaranya meletakkan pelan lalu lintas dan kekerapan pengangkutan.
Kementerian itu juga menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada jemaah haji melalui empat hospital dan 26 pusat kesihatan di Mina, antaranya hospital kecemasan berkapasiti 190 katil, Hospital Mina Al Jaser sebanyak 150 katil, Hospital Mina Al-Wadi (160 katil), dan Hospital Mina New Street (50 katil), dan juga perkhidmatan pengangkutan ambulan sebanyak 100 buah ambulan kecil dan 75 buah ambulan besar.
Sektor kesihatan juga membantu 97 pusat ambulanl milik Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Saudi dengan menyediakan 320 buah ambulan, enam ambulan udara, sembilan motosikal, dan empat kereta golf , termasuk empat kenderaan membawa bekalan perubatan dan 16 kenderaan kecemasan yang akan dikendalikan oleh 1288 kakitangan perubatan.
Pada masa sama, Kepimpinan Pasukan Keselamatan Haji mengumumkan kesediaan mereka dalam menjamin keselamatan jemaah haji tahun ini, agar dapat menunaikan ibadah haji dalam keadaan selamat,selesa dan aman.
Di sepanjang laluan ke Mina, Syarikat Air Negara Saudi turut menyediakan stor penyimpanan operasi dan strategik untuk mengepam 2.4 juta meter padu air melalui rangkaiannya, manakala Syarikat Elektrik Saudi mengukuhkan perkhidmatannya di Mekah dan Masyair dengan melaksanakan 46 projek baharu.
Persatuan Pengakap Arab Saudi juga menempatkan seramai 2,200 pengakap untuk membantu jemaah haji di kawasan Mina, melalui program perkhidmatan pengakap di kem Mina Al Jabal, Mina Mash'ar, Mina Al Wadi, Mina Al Jadeed, dan Al Jamrat.
Musim haji tahun ini melibatkan sejuta jemaah jauh lebih besar berbanding dua musim sebelum ini iaitu pada 2020 dan 2021.
Sehingga 2019, kira-kira 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia telah melaksanakan ibadah haji namun, wabak COVID-19 telah memaksa pihak berkuasa Saudi untuk mengurangkan jumlah jemaah haji, iaitu sebanyak 60,000 rakyat dan penduduk di Arab Saudi pada 2021, berbanding beberapa ribu sahaja pada 2020.
Para jemaah haji akan mula bergerak ke Mina pada Khamis, kira-kira lima kilometer dari Masjidil Haram, sehari sebelum ibadah wukuf di Arafah.
Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini telah mengehadkan ibadah haji itu tahun ini kepada umat Islam di bawah umur 65 tahun dan telah divaksinasi, selain memenuhi syarat-syarat kesihatan yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Musim haji tahun ini melibatkan sejuta jemaah jauh lebih besar berbanding dua musim sebelum ini iaitu pada 2020 dan 2021. - Gambar fail
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.
'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji
Presiden Tunisia memecat Menteri Hal Ehwal Agama selepas berpuluh-puluh jemaah haji Tunisia meninggal dunia ketika menunaikan haji.
Ibadah haji tuntut umat Islam kembali kepada fitrah - Mohd Na'im
Ibadah haji menuntut umat Islam supaya kembali kepada fitrah iaitu beriman kepada Allah SWT dan menolak segala bentuk perbuatan mensyirikkan atau menduakan-Nya.
Mufti Besar Arab Saudi beri amaran tentang haji tanpa permit
Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi menyeru semua jemaah haji tahun 1445H untuk mematuhi arahan keselamatan dan rasmi dengan ketat.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im
Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji.
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
2,000 jemaah haji alami keletihan haba
Perkara itu diumumkan pegawai Arab Saudi, selepas suhu meningkat kepada 48 darjah Celsius sejak dua hari lepas.
Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh, Thailand sambut Aidiladha pada 29 Jun
Aidiladha disambut pada pada 10 Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah.