Tan Sri Musa Aman yang selamat tiba di Kota Kinabalu tengah hari ini dilihat bergegas ke Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Sebaik sahaja tiba, bekas Ketua Menteri Sabah itu yang bersut hitam, bersongkok dan bertongkat dilihat memasuki pejabat Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali.


Astro AWANI akan terus memantau dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.