Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman kini mendapatkan rawatan perubatan dan tidak melakukan perjalanan ke luar negara secara tidak sah.
Tanpa memberitahu apakah yang dihidapi dan di mana beliau mendapatkan rawatan, peguamnya Zahir Shah berkata Musa dinasihatkan oleh doktor peribadinya untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit yang telah lama dihidapinya.
"Saya ingin memaklumkan bahawa Tan Sri Musa ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah melakukan perjalanan meninggalkan negara secara tidak sah dan ingin menjelaskan bahawa perjalanannya sentiasa melalui saluran imigresen.
"Beliau (Musa) mengulangi bahawa beliau sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan akan terus berbuat demikian untuk membantu pihak berkuasa asalkan ia dilaksanakan dengan adil dan mematuhi undang-undang," kata beliau dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Zahir berkata Musa akan kembali ke Sabah sebaik sahaja rawatan perubatannya selesai dan doktor beliau berpuas hati dengan keadaan kesihatannya secara keseluruhan.
Peguam itu membuat kenyataan tersebut selepas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali memberi amaran hari ini kepada Musa bahawa tindakan akan diambil jika pengerusi Barisan Nasional Sabah itu meninggalkan negara secara menyalahi undang-undang.
Polis telah cuba untuk merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri itu bagi menyiasat aduan yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin kepada polis pada 19 Mei dipercayai berhubung ugutan jenayah.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata polis percaya Musa telah meninggalkan Sabah sejak 14 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 01 2018
Musa sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya.
MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Kes tikam: Khalida reda kehilangan suami, anak perempuan serentak
Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam, reda dengan pemergian dua orang tersayang.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Rusia-Ukraine: Ukraine harus neutral jika mahu aman - Putin
Ukraine harus kekal berkecuali sekiranya mahu mempunyai peluang untuk keamanan dan sempadannya harus mengikut kehendak penduduk yang tinggal di wilayah yang dituntut Rusia.
Enjin bermasalah, pesawat Qantas berpatah balik
Juruterbang pesawat QF520 menyedari pesawat berkenaan mengalami kegagalan enjin sebaik sahaja berlepas.
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
Pengganti Chow untuk terajui DAP Pulau Pinang diketahui hari ini
Pengerusi DAP negeri baharu akan menggalas tugas membuat persediaan menuju pilihan raya umum seterusnya.
Chow terus fokus agenda kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak peduli pengkritik
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berikrar akan terus memberikan fokus terhadap agenda pembangunan kerajaan negeri itu walaupun dikritik.
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua
Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow
PBAPP juga telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.
Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri
Kerajaan Melaka sedang melakukan kajian terperinci berkaitan cadangan pelarasan kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu.
COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam, memulakan tugas secara rasmi hari ini.