KOTA BHARU: Seorang guru yang dikaitkan dengan dakwaan menggigit muridnya yang berlaku di sebuah sekolah dekat Kelantan baru-baru ini, disahkan masih bertugas seperti biasa.
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Mohd Hassany Hashim berkata kes berkenaan, setakat ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menjalankan siasatan lanjut.
Beliau berkata JPN negeri memberi kerjasama penuh kepada KPM, termasuk turut memberi laporan berkaitan mengikut prosedur yang ditetapkan, sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan sehingga tular di media sosial.
"Setakat ini, JPN negeri menunggu arahan selanjutnya daripada KPM sehingga siasatan tamat. Kita juga tidak mahu mengulas secara lebih lanjut, kerana khuatir ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan.
"Malah, pihak sekolah, wakil Pejabat Pendikan Daerah (PPD) dan wakil JPN, telah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa murid berkenaan, baru-baru ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2022 di Sekolah Kebangsaan Padang Garong (1), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tular di media sosial seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia enam tahun, digigit oleh seorang guru di bahagian bibirnya mengakibatkan kanak-kanak itu trauma untuk ke sekolah.
Dakwa wanita berkenaan, kejadian itu bukan sahaja melibatkan anak lelakinya, tetapi beberapa murid lain turut menjadi mangsa dengan digigit di bahagian mulut, tangan, hidung dan telinga. Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada pihak berkuasa dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), untuk menyiasat berhubung kes berkenaan.
Malah, segala siasatan mesti mengikut saluran serta proses yang betul iaitu mempunyai aduan, siasatan serta ketelusan dan pihak kementerian sedang menanti keputusan siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Mohd Hassany berkata kes berkenaan, setakat ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menjalankan siasatan lanjut. - Gambar fail/BERNAMA
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Murid digigit: Guru masih bertugas seperti biasa - JPN Kelantan
Seorang guru yang dikaitkan dengan dakwaan menggigit muridnya yang berlaku di sebuah sekolah dekat Kelantan baru-baru ini, disahkan masih bertugas seperti biasa.
Polis belum terima laporan murid digigit guru
Polis Kelantan mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan seorang murid digigit di bahagian bibir oleh gurunya.